web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Faisal Halim: 'Saya Ada 'Target' Lebih Besar' - TMJ

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2024 4:42PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika berangkat ke Program Johor Youth Meet-up di Johor Bahru semalam - Gambar RPOtmjk,

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Kalau saya nak ‘habiskan’ orang, saya ada target lebih besar dalam negara ni,” titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Itu adalah reaksi baginda sewaktu ditanya mengenai dakwaan yang mengaitkan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dengan serangan asid ke atas pemain handalan Selangor FC, Faisal Halim.

Tegas Tunku Ismail, Faisal bukan satu ancaman buat baginda.

“Yang pertama sekali budak ni adalah budak baik. Saya tak tahu hidup peribadi dia, cuma macam contoh apa yang terjadi pada dia tu kita harus condemn lah. Tapi apa ada kena mengena dengan saya? Ada orang nak cakap ooo TMJ mastermind.

“Eh kalau saya nak habiskan orang, saya ada target lebih besar dalam negara ni, yang ambik duit rakyat, yang bertanggungjawab dengan constitutional crisis, yang bertanggungjawab rompak duit rakyat. Orang-orang ni lebih penjenayah bagi saya untuk dihapuskan, bukan pemain bola sepak,” titah baginda, keras. 

Baginda bertitah demikian sewaktu berangkat ke Program Johor Youth Meet-up di Johor Bahru, semalam.

Tunku Ismail bertitah, Faisal sememangnya pemain berbakat, tetapi mungkin ada penyebab lain yang membawa kepada serangan itu.

He is a good player, dia main untuk national team dan dia orang yang peramah tetapi kita tak tahu hidup peribadi dia. Kita tak tahu what is the agenda begind the attack tetapi benda-benda macam gitu pun orang cakap saya.

“Kalau saya nak buat kerja bukan-bukan saya tak pakai polis, saya sendiri tak percaya polis saya,” titah baginda sambil disambut tepukan gemutuh penyokong.

Arena bola sepak tanah air gempar bulan lalu apabila Faisal menjadi mangsa serangan asid 5 Mei lepas.

Insiden tersebut menyebabkan beliau melecur tahap empat hingga menjejaskan pertuturan dan pergerakannya. - Getaran, 10 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 2 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad