web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasukan Sukan Tarian Negara Tuai 2 Emas, 1 Gangsa Di Jerman

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2024 9:04AM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan sukan tarian negara menampilkan gerak tari mempersonakan untuk merangkul dua emas dan satu gangsa dalam Festival Sukan Tarian 2024 di Bremen, Jerman, kelmarin.

Dua emas itu diperoleh menerusi Cherry Yeo dalam acara acara Latin Solo Wanita Dewasa serta Yap Wan Xin bagi kategori Latin Solo Wanita Remaja manakala Kimberly Chew menyumbang gangsa menerusi acara Latin Solo Wanita Junior II.

Menurut Persekutuan Dance Sport Malaysia (MYDF), lebih membanggakan Cherry yang memenangi tigas emas dalam Festival Tarian Mallorca (MDF) di Sepanyol tahun lepas kini menduduki tempat keenam teratas dunia di bawah kategori Latin Solo Wanita Dewasa.

Yap pula kini menghuni kedudukan tiga teratas dunia bagi kategori Latin Solo Wanita Remaja.

Acara ranking dunia itu yang diktiraf Persekutuan Sukan Tarian Dunia (WDSF), bermula Jumaat lalu dan berakhir kelmarin, menarik penyertaan sekitar 250 peserta daripada 46 negara seperti Croatia, Georgia dan China.

"Kejayaan pasukan negara tidak dapat dicapai tanpa sokongan, dedikasi dan bimbingan pakar jurulatih Chua Zjen Fong dan Evon Chong dari MY DanceSport Academy. Komitmen mereka untuk memupuk bakat atlet ini telah memainkan peranan penting dalam mencapai prestasi yang luar biasa ini," menurut kenyataan MYDF.

Selain itu, MYDF merakamkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Kementerian Belia dan Sukan atas pembiayaan penyertaan dan sokongan padu bagi membolehkan pasukan negara itu mengharumkan nama negara di pentas dunia. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad