web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serena Tersingkir, Federer Tarik Diri Dari Terbuka Perancis

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 9:00AM

Williams gagal menambah koleksi Grand Slamnya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Usaha Serena Williams untuk merangkul Grand Slam ke-24 di Terbuka Perancis tidak kesampaian apabila beliau tamat di pusingan 16 terakhir, beberapa jam selepas Roger Federer menarik diri dari kejohanan tahun ini.

Williams yang berusia 39 tahun, masih ketinggalan satu kejuaraan di belakang rekod yang dipegang Margaret Court untuk menyertai legenda Australia itu sebagai pemenang Grand Slam terbanyak.  

Cabaran beliau ditamatkan oleh pemain dari Kazakhstan Elena Rybakina 6-4, 7-5.

Federer pula menarik diri sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghindari kecederaan sebelum Wimbeldon berlangsung penghujung bulan ini.

Pemain dari Amerika Syarikat (AS) Williams, merangkul kejuaraan Terbuka Perancis terakhirnya pada 2015, dan tidak pernah melepasi pusingan keempat sejak kalah dalam final pada 2016.

Kekalahannya bermaksud hanya dua daripada 10 pemain pilihan teratas kejohanan masih beraksi dalam kategori wanita tahun ini, juara bertahan Iga Swiatek dan naib juara tahun lepas, Sofia Kenin.

Rybakina yang berusia 21 tahun layak ke pentas suku akhir Major pertamanya dan akan bertemu Anastasia Pavlyuchenkova untuk slot ke separuh akhir.

Federer mungkin telah beraksi dalam Terbuka Perancis terakhirnya selepas menarik diri kerana tidak mahu mengambil risiko selepas dibelenggu kecederaan lutut selama 18 bulan.  

Beliau yang akan menyambut hari jadi ke-40 pada Ogos ini, bertarung selama tiga setengah jam hingga pukul 12.45 pada awal pagi Ahad untuk layak ke pusingan keempat.

“Selepas berunding dengan pasukan saya, saya mengambil keputusan untuk menarik diri dari Roland Garros.

“Selepas dua pembedahan lutut dan menjalani pemulihan selama lebih dari setahun, sangat penting untuk saya memberi perhatian kepada badan saya.

“Saya perlu memastikan yang tidak memaksa diri untuk beraksi ketika proses pemulihan ini.

“Saya sangat teruja kerana dapat bermain tiga perlawanan di sini. Tiada perasaan yang lebih hebat daripada kembali berada di atas gelanggang. - AFP

Keputusan lain:

Stefanos Tsitsipas mengalahkan Pablo Carreno Busta 6-3, 6-2, 7-5

Daniil Medvedev mengalahkan Cristian Garin 6-2, 6-1, 7-5

Alexander Zverev mengalahkan Kei Nishikori 6-4, 6-1, 6-1

Tamara Zidansek mengalahkan Sorana Cirstea 7-6 (7-4), 6-1

Paula Badosa mengalahkan Marketa Vondrousova 6-4, 3-6, 6-2

Anastasia Pavlyuchenkova mengalahkan Victoria Azarenka 5-7, 6-3, 6-2

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Jurulatih Indonesia Mohon Maaf Label Beregu Wanita Malaysia ‘Hitam Putih’

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Nadal Julang Trofi Terbuka Perancis Ke-14

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad