web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liek Hou Gondol 2 Emas Di Sepanyol

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 1:42PM

Cheah Liek Hou dengan emas yang dimenanginya pada Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2. - gambar FB Cheah Liek Hou

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton perseorangan para negara Cheah Liek Hou terus mencipta sensasi apabila menggondol dua pingat emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2 di Vitoria-Gasteiz, Sepanyol, semalam.

Kecemerlangan pemain berusia 36 tahun itu bermula apabila merangkul emas perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) selepas menewaskan Fang Jen-Yu dari Taiwan 21-13, 21-8 pada perlawanan final, demikian menurut laman https://bwfpara.tournamentsoftware.com/.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu kemudian menambah kilauan emas selepas bergandingan dengan Muhammad Fareez Anuar pada final beregu lelaki SU5 dengan mengatasi pasangan dari India, Rajkumar-Chirag Baretha 21-16,21-19 dalam tempoh 29 minit. 

Cheah Liek Hou bersama gandingan bergunya, Muhammad Fareez Anuar selepas menggondol emas. - gambar FB Cheah Liek Hou
Cheah Liek Hou bersama gandingan bergunya, Muhammad Fareez Anuar selepas menggondol emas. - gambar FB Cheah Liek Hou

“Kami akan bertolak ke Toledo selepas ini untuk ke Kejohanan Tahap 1 seterusnya di Sepanyol juga. Saya cuma berharap saya dan rakan sepasukan akan berjuang habis-habisan di Toledo minggu depan demi negara.

"Terima kasih banyak kepada semua yang telah menyokong saya terutamanya penaja yang sering percaya kepada saya akan cemerlang di pertandingan," kata juara dunia 2024 itu dalam hantaran di Facebooknya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad