web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 8:40AM

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, pihaknya mahu mengenal pasti masalah dan isu yang bakal timbul ketika sesi ujian berkenaan supaya mereka bersedia dengan penyelesaian apabila sistem itu mula digunakan pada musim 2024-25 membuka tirai pada 10 Mei ini.

"Tahun pertama selalunya akan ada masalah dan kita akan hadapi dengan hati terbuka serta mencari solusi terbaik untuk Liga-M.

"Diharapkan kita dapat buat persediaan sebaik mungkin, jadi bila masalah timbul kita sudah bersedia untuk menghadapinya," katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi simulasi VAR kepada pihak berkepentingan seperti komisioner perlawanan, jurulatih dan pegawai pasukan di Stadium UiTM di sini, hari ini.

Namun, keputusan pelaksanaan VAR musim ini bergantung kepada kelulusan wakil daripada Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang sedang menguji sistem berkenaan bermula Khamis ini hingga Ahad.

Sementara itu, Stuart berkata, MFL merancang menjadualkan maksimum tiga perlawanan untuk satu hari perlawanan, kerana pada masa ini hanya mempunyai empat set VAR.

"Jadi kami boleh pastikan satu unit VAR boleh digunakan pada hari-hari tertentu, jika ada perlawanan di Sabah atau Sarawak, satu set tersedia. 

"Di mana-mana sahaja di seluruh dunia apabila melaksanakan sistem VAR, terdapat beberapa hari sistem VAR tidak berfungsi dan mengikut peraturan, perlawanan perlu diteruskan.

"Kita perlu membuat pengumuman untuk memastikan pasukan dan peminat tahu bahawa tiada VAR untuk perlawanan itu," katanya.

Stuart berharap untuk memiliki sekurang-kurangnya enam set VAR pada musim akan datang, jika faktor kewangan membenarkan.

Ditanya mengenai bajet, beliau berkata, setakat ini sekitar RM5 hinga 6 juta telah digunakan untuk VAR, manakala bajet operasi untuk setahun dijangka menelan belanja antara RM3.2 hingga 3.4 juta.

Jadual perlawanan ujian VAR:

1. KL City Iwn Negeri Sembilan (22 April) - Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
2. Kelantan Darul Naim Iwn Sri Pahang (24 April) - Stadium Sultan Muhammad ke-IV
3. Perak Iwn Kedah Darul Aman (27 April) - Stadium Perak
4. PDRM Iwn KL City (27 April) - Stadium Majlis Perbandaran Selayang
5. Sri Pahang Iwn Terengganu (28 April) - Stadium Majlis Perbandaran Temerloh
6. Kedah Darul Aman Iwn Penang (30 April) - Stadium Darul Aman
7. Terengganu Iwn Kelantan Darul Naim (3 Mei) - Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
8. Penang Iwn Perak (4 Mei) - Stadium Bandaraya - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar