web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Lepasi Pusingan Pertama BAC 2024

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2024 4:52PM

Lee Zii Jia. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.

Juara BAC 2022 itu bermula dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan wakil India Priyanshu Rajawat 21-9, 21-13 untuk mara ke pusingan kedua kejohanan berlangsung di Ningbo Olympic Sports Center Gymnasium.

Pemain profesional negara selaku pilihan kelapan kejohanan itu dijadual berdepan Chou Tien Chen dari Taiwan yang mendapat laluan mudah apabila wakil tuan rumah Weng Hong Yang menarik diri selepas tewas 16-21 di set pertama.

Pertemuan kali kesembilan dengan pemain di ranking ke-15 dunia itu menyaksikan Zii Jia hanya menang tiga daripada lapan pertembungan terdahulu. 

Zii Jia pernah muncul juara BAC 2022 yang berlangsung di Manila, Filipina menewaskan Jonatan Christie dari Indonesia 21-17,23-21 di pentas final.

Sementara itu beregu wanita profesional negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien pula terpaksa pulang awal apabila ditewaskan gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 11-21 dan 10-21. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran