web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Qabil Ambak Lakar Sejarah, Atlet Ekuestrian Malaysia Pertama Tanding Di Olimpik

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 8:42AM

Mohd Qabil Ambak Muhamad Fathil - Gambar dari Facebook EAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mohd Qabil Ambak Muhamad Fathil melakar sejarah baharu apabila tampil sebagai atlet ekuestrian Malaysia yang pertama bertanding di Sukan Olimpik.

Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) Syed Omar Syed Abu Bakar AlMohdzar mengucapkan tahniah kepada atlet berusia 41 tahun itu melalui hantaran di laman Facebook persatuan tersebut kerana terpilih bagi mewakili negara dalam acara dressage.

“Ini bukan sahaja satu pencapaian penting dalam sukan nasional tetapi juga negara kita kerana ini adalah kali pertama Malaysia diwakili dalam acara ekuestrian pada temasya Sukan Olimpik. Olimpik memberikan kesempatan untuk kita bersatu dalam pelbagai cara terutama ketika berdepan cabaran global susulan pandemik COVID-19.​

“Sebagai sebahagian daripada skuad Olimpik Malaysia, Qabil Ambak adalah suri teladan bagi sukan ekuestrian dan semua rakyat Malaysia. Kami mengucapkan selamat berjaya kepadanya dan tidak sabar untuk memberikan sokongan padu kepada beliau,” katanya.

Qabil, dari Kuala Lumpur, juga pernah tampil sebagai atlet pertama Malaysia yang berentap di Pertandingan Akhir Piala Dunia pada 2003 selain menggondol pingat dalam pelbagai kejohanan peringkat Asia dan Sukan SEA, termasuk perak dalam acara dressage individu pada Sukan Asia 2018.

Sukan Olimpik Tokyo dijadualkan bermula pada 23 Julai. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad