Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Berlepas Ke Oman Tanpa Matthew Davies

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2024 12:25PM

Gambar - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Skuad Harimau Malaya menerima tamparan menjelang aksi getir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Oman di Muscat minggu depan, selepas ketua pasukan Matthew Davies terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan selain Matthew yang mesra disapa Matt, Junior Eldstal juga tidak menyertai skuad bimbingan Kim Pan Gon ke Muscat, akibat kecederaan.

Keputusan itu dibuat selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi satu surat rasmi kepada FAM memaklumkan bahawa kedua-dua pemain pertahanan itu, telah mengalami kecederaan semasa perlawanan latinan pada Khamis lepas.

"Justeru JDT memohon pengecualian buat kedua-dua pemain berkenaan untuk melapor diri bersama skuad kebangsaan dan akan menjalani rawatan pemulihan selanjutnya bersama kelab. Laporan kecederaan dilampirkan dalam surat tersebut," kata Pan Gon dalam kenyataan hari ini.

Dengan ketiadaan Matt yang mengetuai pasukan sewaktu Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas dan Junior, Pan Gon membawa seramai 24 pemain bagi menggalas cabaran Malaysia menentang Oman di Kompleks Sukan Sultan Qaboos pada 22 Mac ini (2 pagi waktu Malaysia).

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Muscat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, pagi ini.

Sementara itu pemain pertahanan kiri Daniel Ting berkata ketiadaan Matt itu merupakan satu kehilangan besar untuk pasukan dalam berhadapan perlawanan yang penting namun percaya kekosongan itu, memberikan peluang kepada pemain lain untuk menunjukkan kebolehan mereka.

"Tentunya satu kehilangan besar, Matt ialah kapten pasukan dan tentunya anda mahu kapten berada bersama, namun kita mempunyai banyak pilihan dalam skuad dan ia satu peluang untuk sesiapa yang jurulatin letak pada kedudukan itu, mungkin saya akan isi peluang itu," kata pemain Sabah FC berusia 32 tahun itu.

Daniel berkata beliau pernah bermain di sebelah kanan sebelum ini dan bersedia untuk menyahut cabaran bermain di bahagian itu semula, menentang Oman.

"Jika itu yang jurulatih mahu saya lakukan, tiada masalah. Saya pernah bermain posisi itu sebelum ini... saya rasakan ia bukan posisi biasa saya, tetapi saya bersedia untuk lakukan apa sahaja yang diperlukan," katanya.

Selepas menentang Oman di Muscat, Malaysia yang berada di ranking dunia ke-132 sekali lagi akan bertemu pasukan nombor 80 dunia itu, di Stadium Nasional di Bukit Jalil 26 Mac ini.

Kemudian, pasukan negara akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan kumpulan D menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

Malaysia kini menerajui saingan Kumpulan D dengan mengumpul enam mata, dilkuti Oman kedua yang berkongsi tiga mata bersama Kyrgyzstan di tempat ketiga, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengesahkan tempat ke saingan Piala Asia 2027. sementara dua pasukan terbawah akan beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.

Malaysia menyasarkan untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat julung kali.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Saksikan ‘GT World Challenge Asia’

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Tewas Di Final BAC 2024

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 Diadakan 10 Mei

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Politik 14 jam yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James