web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isaac Berperang Emosi Tamatkan Cabaran Triatlon Asia 2024 Putrajaya

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 4:41PM

Jaguh triatlon negara Isaac Tan selepas menamatkan Piala Triatlon Asia 2024 Putrajaya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jaguh triatlon negara Isaac Tan mengakui terpaksa berperang dengan emosi sebelum berjaya menamatkan cabaran sebagai atlet Malaysia terbaik pada Piala Triatlon Asia 2024 Putrajaya yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini hari ini.

Isaac, 19, bagaimanapun tetap berpuas hati dengan kedudukan di tangga ke-26 daripada 68 peserta apabila merekodkan 57 minit 59 saat (s) bagi kategori elit lelaki.

"Saya buat dengan sangat baik bagi acara berbasikal dan larian tetapi perut saya rasa kurang selesa dan baru sahaja sembuh di garisan penamat, namun saya terus usaha dan ini adalah perlumbaan yang penuh emosi...

"Musim permulaan 2024 telah selesai. Saya mahu konsisten dengan masa saya (selepas ini) tetapi saya perlu atasi had biarpun perut kejang namun sayatetap perlu berusaha dan berdoa supaya saya boleh teruskan dengan larian," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sementara itu, Cristopher Deegan dari Australia muncul juara bagi kategori elit lelaki apabila mencatatkan 53:22s diikuti atlet China, Junjie Fan di tempat kedua (53.52s) dan Philip Pertl dari Austria di kedudukan ketiga (54.15s).

Christopher ketika ditemui pemberita menyifatkan perlumbaan di Malaysia bukanlah mudah terutama berhadapan dengan cuaca panas dan lembap, namun perancangan yang lancar menjadi penyebab utama kemenangannya hari ini.

"Saya sebenar tidak pernah menaiki podium pada peringkat ini. Jadi, ya, saya terkejut dengan kemenangan ini tapi saya tahu latihan saya membolehkan saya memenanginya," katanya.

Sementara itu, Esther Joy pula menjadi atlet wanita Malaysia terbaik selepas menamatkan saingan di tangga ke-12 daripada 25 peserta bagi kategori elit wanita dengan catatan 1 jam 08.15s. 

Atlet Switzerland Julie Derron pula muncul juara dengan 57:29s, diikuti Bailee Brown dari Hong Kong (59.03s) dan Alanis Sifferet dari Switzerland di tempat ketiga (59.35s).

Kejohanan itu menggunakan format 'sprint' dengan menampilkan tiga disiplin utama iaitu renang sejauh 750 meter, berbasikal 20 kilometer (km) dan berlari 5km. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar