web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


City Tambah Sengsara Liverpool

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2021 12:26PM

Foden (tengah) meraikan jaringannya dengan rakan sepasukan yang lain di Anfield pada 7 Feb. Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON: Hasrat Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris di laman sendiri tidak kesampaian selepas tumpas kepada Manchester City dengan jaringan 4-1 pada awal pagi tadi. 

Kemenangan City dibantu akibat kesilapan  penjaga gol Liverpool, Alisson Becker yang menghadiahkan jaringan kepada Raheem Sterling dan Phil Foden. Dua lagi gol The Citizens dijaringkan oleh Ilkay Gundogan. 

Selepas kemenangan pertama kelab Manchester itu di Anfield sejak 2003, kelab berkenaan terus menerajui liga dengan perbezaan 10 mata, menolak  juara bertahan itu ke tempat keempat. 

Anak buah Pep Guardiola menjadi pasukan pertama menjaringkan empat gol dalam permainan liga di Anfield dalam 12 tahun. 

City kini mendahului liga dengan perbezaan lima mata dari pencabar terdekat Manchester United yang berada di tempat kedua dan ada baki satu permainan dalam tangan. 

Ini adalah kemenangan ke-14 secara berturut-turut City dalam semua kejohanan dan ia menyamai rekod yang dipegang oleh Preston pada 1892 dan Arsenal (1987). 

“Kami bermain dengan baik sekali dan saya sangat gembira. Adalah penting buat pasukan ini untuk hadir ke tempat lawan dan menang. 

“Saya sangat bersyukur buat pemain-pemain saya tapi kemenangan ini sudah menjadi perkara yang lepas. Tiada siapa menjadi juara di bulan Februari,'' kata Guardiola.

Dalam pada itu, Harry Kane dan Son Heung-min membantu Tottenham memberhentikan urutan tiga kekalahan berturut-turut dalam kemenangan 2-1 melawan West Brom.

Chelsea pula meneruskan langkah kanan di bawah bimbingan pengurus baharu, Thomas Tuchel dengan kemenangan ketiga berturut-turut, menundukkan Sheffield United 2-1.

Manakala Leicester pula kekal di tempat ketiga selepas seri 0-0 dengan Wolves. – AFP
 

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Hamidin Dicalon Ahli Majlis FIFA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad