Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Son, Bintang Spurs Puji Daya Juang, Kreativiti Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2024 8:50AM

Kapten Korea Selatan yang juga bintang kelab Totenham Hotspur, Son Heung-Min. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Bintang Totenham Hotspur, Son Heung-Min memuji daya juang dan kreativiti dipamerkan Skuad Harimau Malaya sehingga berjaya seri 3-3 dengan juara dua kali Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023.

Biarpun kecewa kerana tidak memperoleh kemenangan, Kapten Korea Selatan itu kagum dengan kegigihan dan kesunggguhan pasukan Malaysia bimbingan Kim Pan Gon yang mampu bangkit dua kali daripada ketinggalan di Stadium Al Janoub di sini, malam tadi untuk membawa pulang satu-satunya mata dalam kejohanan ini.

"la satu keputusan yang sukar diterima, tetapi pujian hebat perlu diberikan kepada pasukan Malaysia. Mereka berjuang sehingga saat akhir permainan dan saya kagum dengan bola sepak Malaysia yang kreatif... Malaysia melaksanakan tugas mereka dengan hebat... memang menarik untuk menyaksikan perlawanan ini selaku peminat bola sepak.

Kami kecewa dengan bagaimana kami mengakhiri perlawanan ini tetapi apa yang paling penting kami layak ke pusingan 16 pasukan terbaik dan kami teruskan kemaraan kerana perlawanan penting berlangsung tidak lama lagi, jadi kami perlu bersedia untuk perlawanan besar itu," katanya dalam sidang akhbar pemain terbaik perlawanan di sini.

Mengulas lanjut, pemain berusia 31 tahun itu berharap prestasi Malaysia akan terus meningkat selepas keputusan perlawanan tadi dan beliau memuji Pan Gon yang membimbing Harimau Malaya.

Dalam perlawanan yang mendebarkan dan membuatkan penyokong tidak senang duduk, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan dengan Korea Selatan yang dibimbing bekas bintang Jerman, Jurgen Klinsmann apabila sepakan pemain gantian Romel Morales menerjah jaring pada masa tambahan yang memasuki 15 minit.

Pemain tengah Jeong Woo-yeong membuka jaringan untuk Korea Selatan menerusi tandukannya pada minit ke-21 sebelum Malaysia mendahului selepas 17 minit babak kedua menerusi sepakan Mohamad Faisal Abdul Halim dan sepakan penalti yang disempurnakan Aiman Mohd Hanapi.

Bagaimanapun, Korea Selatan menyamakan kedudukan ketika permainan tinggal 10 minit masa permainan sebenar menerusi gol sendiri penjaga gawang Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, sebelum mendahului 3-2 menerusi sepakan penalti Son pada masa tambahan.

Dengan keputusan perlawanan ini, Korea Selatan kekal di tangga kedua kumpulan dengan lima mata, sementara Malaysia mengakhiri kejohanan ini dengan satu mata dan kepuasan menjaringkan tiga gol semasa menentang sebuah pasukan gergasi Asia.

Bahrain muncul juara kumpulan selepas menundukkan Jordan 1-0 untuk mengumpul enam mata tetapi kekalahan itu tidak menyekat Jordan yang memperoleh empat mata daripada layak ke peringkat kalah mati selaku satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 minggu yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

2

Filem & TV 2 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kemenangan Korea Selatan Ke Atas Australia Bukan Balas Dendam - Son

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

Sorotan

1

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

2

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

3

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

4

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

5

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

6

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pusat Mempelam Kedah Antara Keutamaan Dalam Peta Tahun Melawat Kedah 2025

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 12 jam yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Semasa 1 hari yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Bakal Tingkatkan Capaian Internet Di Pulau Kapas, Pulau Gemia

oleh Fida Ruzki