web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Osaka Berdepan Penyingkiran Dari Terbuka Perancis

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 8:51AM

Osaka menyamakan sidang media pasca-perlawanan umpama ‘menyepak orang yang sudah rebah’. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Bintang tenis Jepun, Naomi Osaka diberi amaran akan disingkirkan daripada Terbuka Perancis sekiranya masih berkeras tidak mahu bercakap dengan media, kata pegawai kejohanan.

“Kami telah menasihatkan Naomi Osaka jika beliau terus mengabaikan tanggungjawab medianya, dia berdepan dengan hukuman kerana melanggar peraturan tata kelakuan.

“Pelanggaran berulang kali akan dikenakan tindakan yang lebih berat termasuk penyingkiran daripada kejohanan.

“Satu siasatan kesalahan besar juga akan dilancarkan yang boleh menyebabkan dia dikenakan denda yang lebih besar dan penggantungan dari kejohanan Grand Slam lain,” kata satu kenyataan daripada empat kejohanan tenis utama selepas pemain nombor dua dunia itu didenda RM62,000.

Osaka, pemenang Grand Slam empat kali dan atlet wanita berpendapatan tertinggi sukan itu, dikenakan tindakan kerana gagal menghadirkan diri pada sidang media selepas menumpaskan lawan dari Romania, Patricia Maria Tig 6-4, 7-6 (7-4).

Sebelum kejohanan bermula, pemain berusia 24 tahun itu telah menyatakan dia tidak akan bercakap kepada media kerana mendakwa sidang media akan memudaratkan kesihatan mentalnya.

Beliau menyamakan sidang media pasca-permainan umpama “menyepak orang yang sudah rebah”.

Dalam pada itu, presiden Persekutuan Tenis Perancis, Gilles Moretton berkata, keengganan Osaka untuk bercakap kepada media adalah satu “kesilapan besar”.

Keempat-empat penganjur kejohanan Grand Slam iaitu Wimbeldon, Terbuka Perancis, Australia dan Amerika Syarikat (AS) memaklumkan mereka telah menulis kepada Osaka untuk bertanya khabar dan memberikan sokongan.

“Beliau juga diingatkan mengenai tanggungjawabnya serta kesan jika tidak mematuhinya dan peraturan ini dikenakan kepada semua pemain secara sama rata.

“Naomi Osaka hari ini memilih untuk tidak melaksanakan tanggungjawab medianya. Dengan itu pengadil Roland Garros telah mengeluarkan denda RM62,000 kepadanya,” kata satu kenyataan.

Sementara itu, Osaka dalam satu ciapan di akaun Twitternya berkata:

“Kurangnya pemahaman menyebabkan kemarahan. Perubahan membuat orang berasa tidak selesa.”

Selepas permainannya, Osaka hanya bersetuju untuk ditemubual di atas gelanggang.

“Untuk saya bermain di atas gelanggang tanah liat adalah sesuatu yang masih saya perbaiki.

“Saya berharap permainan saya akan menjadi lebih baik apabila saya meluangkan masa lebih lama di atas permukaan gelanggang ini,” kata juara bertahan Terbuka AS dan Australia itu.

Pendirian Osaka itu menyelubungi aksi hari pertama kejohanan tahun ini yang menyaksikan finalis dua kali Dominic Thiem tersingkir pada hari pertama.

Pilihan keempat kejohanan dan juara Terbuka AS, Thiem, yang tidak pernah kalah pada pusingan pertama dalam tujuh penyertaan sebelum ini, mensia-siakan kelebihan dua set sebelum ditundukkan lawan dari Sepanyol, Pablo Andujar 4-6, 5-7, 6-3, 6-4, 6-4.

“Kalah selepas menang dua set pertama, ia satu perkara yang amat pelik bagi saya, saya perlu memikirkan tentang apa yang menyebabkan perkara itu,” kata Thiem. - AFP

Keputusan pusingan pertama yang lain:

  • Aryan Sabalenka mengalahkan Ana Konjuh 6-4, 6-3
  • Stefanos Tsitsipas mengalahkan Jeremy Chardy 7-6 (8-6), 6-3, 6-1
  • Alexander Zverev mengalakahn Oscar Otte 3-6, 3-6, 6-2, 6-2, 6-0
  • Anhelina Kalinina mengalahkan Angelique Kerber 6-2, 6-4

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad