web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 4:47PM

gambar Yahoonews.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehadiran isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di San Francisco, Amerika Syarikat baru-baru ini, turut menarik perhatian pengguna media sosial.

Ia susulan penyertaannya dalam sesi  perbincangan mengenai isu kesedaran kesihatan mental anjuran wanita pertama AS, Dr Jill Biden, yang turut disertai bintang K-Pop, iaitu Rose Blackpink

Sesi perbincangan itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook; wanita pertama Korea Selatan, Kim Keon Hee; isteri Perdana Menteri Papua New Guinea, Rachael Marape; wanita pertama Filipina, Louise Araneta-Marcus dan ia kendalikan oleh serta pakar bedah AS, Vivek Murthy selaku moderator.

Sementara itu, hantaran di X @asratmalaysia , memaklumkan Wan Azizah dijemput oleh Dr Jill Biden untuk memberi pandangan mengenai kesihatan mental dan penggunaan teknologi AI serta kemungkinan kerjasama bersama Apple.

“Dr Wan sampaikan pandangannya tentang bagaimana teknologi AI dari Apple boleh bantu membangunkan sistem untuk mencetuskan bantuan daripada perubahan mood dan sebagainya.

“Kita patut berbangga dengannya, bukan sahaja sebagai rakyat Malaysia tetapi juga sebagai umat Islam,” kata menurut hantaran berkenaan.

Turut mendapat perhatian, figura terkenal dalam industri hiburan iaitu Rose Blackpink yang dijemput menyertai perbincangan itu.

Ketika berkongsi pengalamannya, Rose menyentuh mengenai naratif pengguna media sosial yang seringkali tidak sehaluan dengan kerjaya dan kejayaan yang diperolehnya.

Namun, kehadiran Wan Azizah dalam sesi itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat Rose.  

“Ramai peminat Rose di seluruh dunia yang turut bertanya siapakah wanita berhijab tersebut?,” kongsi @asratmalaysia lagi di X.  – Getaran, 20 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

2

Refleksi 2 bulan yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Dr Wan Azizah Luang Masa Lawat Mangsa Kebakaran Saluran Gas

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Blackberry, Kerajaan Malaysia Meterai Perjanjian Keselamatan Siber

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan