Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Lockdown Dan Impak Terhadap Sukan Akar Umbi

Apabila berbicara tentang sukan tempatan di kala pandemik, kita selalu terfikirkan nasib atlet negara. Tetapi bagaimana pula nasib mereka di belakang tabir?

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 May 2021 9:40AM

Gambar: Mario Cuadros, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika artikel ini separa siap, tiba-tiba penulis menerima perkhabaran bahawa Malaysia akan diletakkan di bawah total lockdown mulai 1 Jun iaitu Selasa depan. 

Berita ini tidak mengubah keadaan untuk ramai orang yang memang telah pun berada di bawah PKP dalam seminggu dua ini. 

Rata-rata bersetuju, dengan angka jangkitan yang semakin mencanak naik dan hanya dengan satu negeri sahaja yang membuat mass testing, tiba masanya tindakan drastik diambil agar keadaan tidak bertambah buruk. 

Situasi di Pusat Penilaian COVID-19 di Stadium Malawati Shah Alam. Gambar: Sairien Nafis
Situasi di Pusat Penilaian COVID-19 di Stadium Malawati Shah Alam. Gambar: Sairien Nafis

Setiap kali PKP diumumkan, tidak kira sama ada yang bersyarat, yang diperketatkan, yang pemulihan atau apa sekalipun, mereka yang terlibat dalam industri sukan mengeluh panjang. Aktiviti sukan biasanya yang paling awal dilarang beroperasi dan yang paling lambat dibuka semula. 

Sukan, oleh kerana ia kelihatan seperti suatu elemen permainan atau hiburan, sering diperlekehkan sebagai satu industri penting negara. Dalam artikel sebelum ini, pernah disebut bahawa industri sukan tanah air menyumbang sebanyak RM6 bilion kepada KDNK negara, bukan suatu jumlah yang boleh dipandang enteng. 

Sebenarnya, untuk terlibat dalam bidang sukan, tidak semestinya menjadi atlet dan untuk menjana pendapatan melalui bidang sukan, tidak perlu pun menjadi atlet elit. Walaupun golongan ini yang paling menonjol, ekosistem sampingan dalam bidang sukan sebenarnya menjadi mata pencarian ramai rakyat Malaysia. 

Kalau kita lihat pada bidang sukan profesional sahaja, misalnya, bagi seorang atlet elit yang bertanding di peringkat antarabangsa, tentunya perlu ada jurulatih, pasukan perubatan dan penasihat pemakanan.

Bagi sesetengah sukan pula, mungkin ada penganalisa perlawanan serta penganalisa data yang semakin penting peranannya pasca-Moneyball.

Tetapi di samping itu juga, untuk dia bertanding perlu ada pihak yang menguruskan perlawanan, pihak yang menyediakan tempat bertanding, pengadil dan para pegawai.

Malah, sekiranya sesuatu kejohanan itu diadakan, perlu ada tukang masak, tukang bersih gelanggang, yang mop lantai, yang uruskan keselamatan dan banyak lagi yang pastinya penulis sendiri pun tak tersenarai. 

Gambar: Pixabay, Pexels
Gambar: Pixabay, Pexels

Jadi apabila acara sukan dan pertandingan ditangguhkan atau dibatalkan, memang ramai yang akan terkesan. Mata pencarian akan terjejas, pastinya dan dalam keadaan pandemik sudah pasti mencari pekerjaan alternatif tidak begitu mudah. 

Hal ini, saya kira, ramai juga orang ramai yang sedia maklum, lebih-lebih lagi mereka yang meminati sukan. 

Namun, juga ada ekosistem sukan amatur dan akar umbi yang mungkin dilupakan - atau yang kita tidak perasan - yang lebih rentan apabila aktiviti sukan dihentikan semasa PKP. 

Bayangkan kalau ada seseorang yang gemar bersukan - bermain bola sepak, futsal atau badminton setiap hujung minggu. Setiap sukan ini ada gelanggangnya yang mempunyai pekerja pelbagai peringkat. 

Apabila gelanggang ini semua sunyi dan tidak berpenghuni dek PKP, hasil kutipan sewa court atau padang akan menjunam terus ke angka sifar - sedangkan bagi pengusaha, gaji pekerja dan beberapa fixed overheads tetap perlu dilunaskan. 

Gambar: Karolina Grabowska, Pexels
Gambar: Karolina Grabowska, Pexels

Ada pihak yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan aktiviti sukan yang terbuka untuk semua, di mana disediakan gelanggang, peralatan dan tempoh bermain. 

Aktiviti ini sering dihadiri oleh jurugambar bebas yang dibayar untuk mengambil gambar para peserta - supaya ada sesuatu yang boleh dipaparkan di media sosial, kiranya. 

Apabila acara sukan rekreasi ini dibatalkan, mata pencarian jurugambar bebas sukan juga terjejas - tambah lagi satu kumpulan - walaupun kecil - yang terpaksa mencari kerja alternatif.

Ada penganjur liga amatur tempatan - sama ada bola sepak, badminton, bola keranjang dan sebagainya - di mana yang bermain bukanlah atlet profesional tetapi mereka seperti kita semua. 

Ada beberapa akademi sukan tempatan - terutamanya bola sepak, tapi ada juga untuk sukan-sukan lain - yang menawarkan latihan dan bimbingan kepada kanak-kanak dan remaja.

Ini semua juga sebahagian dari ekosistem sukan kita, yang jauh lebih mengesankan kita jika hendak dibandingkan dengan atlet elit yang rata-rata mempunyai penaja, sejajar dengan taraf mereka yang memang berkualiti antarabangsa.

Dari segi sektor sukan akar umbi ini, yang rentan bukan para pemain kerana mereka bukan mencari makan dengan bersukan, tetapi para pengusaha dan penganjur yang rata-ratanya pun, bergerak secara kecil-kecilan. 

Bantuan kepada sektor ini amat terhad dan berdasarkan apa yang berlaku ketika PKP yang lalu, datang agak lambat dari pihak kerajaan. 

Kadang-kadang penulis berasa, kita terlalu berkiblatkan instant gratification dan mementingkan hasil yang nyata yang boleh dipegang, tetapi agak culas kalau hal itu lebih berbentuk long game atau hasil yang diraih pada jangka masa panjang. 

Dalam bidang sukan, kalau kita tidak terlibat sebagai atlet professional atau elit, memang hasil kewangan yang masuk ke poket kita kurang atau tiada.

Tetapi dari segi kesihatan fizikal, kecergasan mental, semangat setiakawan, sikap bekerjasama dan berbagai lagi nilai-nilai intrinsik yang tidak mudah dizahirkan dengan wang ringgit, ia sangat berharga. 

Gambar: Andrea Piacquadio, Pexels
Gambar: Andrea Piacquadio, Pexels

Sejujurnya, penulis tidak berasa akan ada perubahan dari segi sokongan kerajaan kepada sektor sukan yang sudah patah sayapnya dalam tempoh pandemik ini. Dan melihat rakan-rakan pengusaha dan penganjur yang semakin tersepit dan tertekan, penulis memang berasa sangat sedih dan hampir putus asa. 

Diharapkan ada sinar di hujung sana dengan semakin ramai rakyat menerima vaksin dalam masa terdekat ini dan semoga masih sempat lagi sektor ini pulih dan tidak sebaliknya terkubur. - Getaran, 30 Mei 2021


 

Isu Pada

Syafiq Kyle โ€“ Tentang Maskulin Toksik

29 May 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Sukan 4 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Tewas Di Final BAC 2024

3

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 Diadakan 10 Mei

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Semasa 1 hari yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera โ€“ Nancy

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Tingkat Kawalan, Penugasan Di Terminal 1 Dan 2 KLIA