Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Liga Malaysia 2021 Debaran Sepak Mula Pertama

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2021 8:56AM

Gambar: Yogendra Singh, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerancakan Liga Malaysia setiap tahun memang sesuatu yang dinantikan oleh peminat bola sepak tempatan, namun kesan pandemik COVID-19 menyebabkan persaingan musim 2020 tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Dengan pembatalan pertandingan Piala FA, persaingan liga yang dipendekkan dan Piala Malaysia yang dibatalkan separuh jalan tahun lepas, apakah nasib yang sama akan dialami pada tahun 2021? 

Pada akhir tahun 2020, Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan bahawa Liga Malaysia 2021 akan membuka tirai pada 26 Februari dengan perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) sepertimana tradisinya. Namun begitu, peningkatan mendadak kes COVID-19 pada akhir Disember 2020 menyaksikan negara sekali lagi berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pada mulanya dijangka berakhir pada 26 Januari. 

Oleh kerana PKP telah dilanjutkan kepada 4 Februari, MFL mengumumkan sepak mula pertama persaingan Liga Malaysia 2021 ditunda ke 5 Mac. Ramai yang tertanya-tanya apakah berita yang tempoh PKP disambung ke 18 Februari bermakna tarikh itu akan datang dan pergi tanpa sebarang tiupan wisel.

Namun  begitu, bagaikan ada sinar bagi semua yang terlibat dengan industri bola sepak apabila MFL mengumumkan tarikh permulaan musim bola sepak tidak akan berganjak dari 5 Mac. Bagi golongan yang mungkin tidak berapa minat dengan sukan, mungkin sangkaan mereka bahawa industri sukan tidak penting dan boleh diabaikan tatkala negara dilambung ombak pandemik yang serius.  Hakikatnya, menurut kajian oleh University of Stirling pada tahun 2011, industri sukan sebenarnya menyumbang lebih kurang RM6 bilion kepada KDNK negara - suatu jumlah yang tidak boleh dipandang enteng. 

Sebenarnya ekosistem industri bola sepak melibatkan banyak pihak - bukan sahaja pemain yang beraksi di atas padang tetapi juga mereka di belakang tabir seperti pasukan perubatan, pihak penyiaran, pihak pengurusan dan sebagainya. Dengan adanya Liga Malaysia pastinya memberi kesan positif kepada semua dalam industri; sedikit sinar di kala rata-rata orang ramai semakin tersepit dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil. 

Yang pasti, salah satu sebab kenapa Liga M tidak ditunda adalah kerana perlunya persiapan rapi untuk Harimau Malaya beraksi di pertandingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia tidak lama lagi. Ini disifatkan sebagai ‘vaksin’ oleh Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia B. Sathianathan. Kita memang sentiasa mengharapkan persembahan bermutu tinggi dari pasukan kebangsaan kita di persada antarabangsa, dan tanpa persaingan liga tempatan pastinya sukar tahap kecergasan dan keadaan game-ready para pemain akan berada pada tahap optimum. 

Namun, apa yang masih belum jelas pada waktu menulis adalah SOP terperinci untuk para pemain yang bakal memulakan latihan Isnin ini. Perincian SOP yang ketat dan dipatuhi adalah perlu bagi menjamin kesihatan dan keselamatan semua yang terlibat. Paling penting, SOP ini perlulah berlatarkan sains dan bukti perubatan. 

Sudah ada banyak contoh di luar negara bagaimana SOP boleh dibentuk dengan mengambil kira keperluan ujian saringan dan protokol yang sesuai sekiranya seorang atau sekumpulan pemain dijangkiti COVID-19. Contohnya, di liga bola sepak Eropah atau di liga sukan di Amerika Syarikat, SOP yang dilengkapi dengan ujian pengesanan COVID-19 yang kerap dan penggunaan ‘gelembung’ atau ‘bubble’ untuk mengawal pergaulan para pemain dengan orang luar boleh dijalankan. 

Setelah SOP yang sesuai dan terperinci disediakan, adalah sangat kritikal bagi para pemain khasnya dan semua yang terlibat dengan industri bola sepak amnya untuk mematuhinya supaya tidak wujudnya kluster berkaitan sukan, sekali gus menjejaskan kelancaran pertandingan pada tahun ini. Kepatuhan perlu menyeluruh dan tidak boleh lagi ada aksi-aksi nakal ala menyelinap keluar ke kelab malam seperti yang pernah berlaku pada masa lampau.  

Kita juga tidak boleh berhenti hanya di peringkat SOP. Kita juga perlu rancangan luar jangka yang mengambil kira berbagai kebarangkalian, dalam usaha mengurangkan impak negatif pandemik COVID-19 kepada penggiat industri sukan. Sepertimana saranan ramai saintis, agak naif jika kita jangkakan semuanya kembali pulih seperti sedia kala setelah vaksin ditemui dan orang ramai disuntik. 

Realitinya, cara kita bersukan akan berubah - jadi di mana pelan dan hala tuju kita dalam dunia sukan? Ini, saya nantikan dengan keterujaan yang sama dengan sepak mula pertama Liga Malaysia 2021. - Getaran, 13 Februari 2021

Isu Pada

Alvin Chong

13 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 29 minit yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

2

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

3

Sukan 2 hari yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

4

Sukan 2 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

2

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

3

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

5

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

6

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

7

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Disyorkan untuk anda

Sukan 4 jam yang lalu

Piala Uber: Pearly Ambil Sudut Positif Jika Tidak Ke Chengdu

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah