web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Garrido Mahu Harimau Muda Contohi Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 12:19PM

Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak B-23 Kebangsaan, Juan Torres Garrido ketika ditemui pemberita sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Shanghai, China hari ini untuk aksi persahabatan antarabangsa. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Jurulatih pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Juan Torres Garrido mahu pemainnya mencontohi senior mereka pasukan Harimau Malaya yang berjaya mengikat China 1-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China pada September lalu.

Kejayaan menyaingi pasukan pada kedudukan ke-80 dunia itu membolehkan skuad kendalian Kim Pan Gon, mendaki tangga ranking daripada 136 ke kedudukan 134.

Bagaimanapun, Garrido lebih selesa skuad bimbingannya menjadi pasukan ‘underdog’ atau bukan pilihan dalam perlawanan persahabatan menentang China dijadualkan pada 23 dan 26 Disember ini.

“Setiap pasukan berbeza, setiap perlawanan berbeza. Lebih baik bersikap rendah diri. Kami akan menguji diri dan cuba perbaiki dalam perlawanan seterusnya dan meningkat secara konsisten sehingga bermulanya Piala Asia.

“Pasukan senior kami adalah contoh yang baik yang boleh kami ikuti, tetapi kami juga perlu bersiap sedia mengikut laluan kami, cara kami,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Shanghai, China hari ini. 

Skuad muda negara bakal berdepan dua aksi persahabatan Tier 2 sebagai persediaan ke Piala Asia B-23 di Doha, Qatar tahun depan. 

Harimau Muda diundi dalam Kumpulan D Piala Asia dan akan membuka saingan bertemu Uzbekistan pada 17 April, Vietnam (20 April) sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Kuwait (23 April).

Dalam pada itu, Garrido berkata, pengalaman menentang pasukan Tembok Besar itu akan menjadi bekalan penting kepada Harimau Muda yang tidak banyak peluang beraksi bagi mengasah taktikal mereka tahun ini.

“China ialah pasukan hebat yang boleh membantu kami mengetahui tahap kami. Kami tidak mempunyai skuad yang lengkap, China juga mungkin tidak menurunkan skuad penuh mereka tetapi ia masih satu ujian yang baik untuk kami, di mana kami boleh mula menyiapkan diri untuk pertandingan itu (Piala Asia),” katanya.

Selain itu, Garrido berkata, beliau masih menagih khidmat pemain Terengganu, Ubaidullah Shamsul Fazili yang kini berehat selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) semasa final Piala Malaysia 2023, 8 Disember lalu.

Beliau berkata, pemain berusia 20 tahun itu adalah komponen penting untuk melengkapkan skuadnya, selain telah menampilkan aksi cemerlang sepanjang musim ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad