web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mohamad Aniq Bawa Pulang 2 Pingat Dari Qatar

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 3:05PM

Atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan ketika beraksi pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan melakar kejayaan sensasi dengan meraih dua pingat pada Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha, Qatar, malam tadi.

Badang negara berusia 21 tahun itu cemerlang selepas berjaya merangkul pingat perak acara ‘clean & jerk’ kategori 61 kilogram (kg) serta pingat gangsa bagi acara keseluruhan.

Atlet kelahiran Johor itu melakukan angkatan 170kg bagi clean & jerk dan 126kg dalam snatch, sekali gus merekodkan angkatan keseluruhan 296kg.

Wakil Korea Utara, Pak Myong-jin meraih emas berganda selepas melakukan angkatan keseluruhan 305kg.

Kejayaan Mohamad Aniq itu menyaksikan beliau memperbaharui rekod kebangsaan 291kg miliknya sendiri semasa memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi pada September lepas.

Pencapaian dilakar Mohamad Aniq dalam kejohanan itu, sekali gus menjadi tonik terbaik buat dirinya yang sedang mengejar kedudukan 10 terbaik dunia untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Ketika ini, Mohamad Aniq menghuni ranking ke-10 dunia dan penyertaan pada Sukan Olimpik dihadkan kepada 10 atlet terbaik dunia sahaja.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat menyifatkan kejayaan Mohamad Aniq sekali gus menyaksikan beliau berada di landasan tepat meraih tiket ke Sukan Olimpik 2024. 

“Rekod kebangsaan rasanya sudah tiga kali dipecahkan dan pingat akan dapat jika berada di tempat tiga terbaik, namun untuk ke Olimpik yang diambil kira adalah jumlah angkatan dan ranking.

“Jika atlet terus bekerja keras kita akan berjaya. Kita sasarkan 305kg dan insya-Allah jika berat itu boleh diangkat, pingat Olimpik kita akan dapat,” menurut beliau menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Izzan Menang Emas Angkat Berat, Pecah Rekod Kebangsaan 'Clean & Jerk'

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohamad Aniq Perbaharui Rekod Kebangsaan, Raih Tonik Ke Sukan Olimpik Paris 2024

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejohanan Dunia: Mohamad Aniq Rangkul Gangsa Di Riyadh

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Bapa Sukan Bina Badan Negara Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad