web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kejohanan Dunia: Mohamad Aniq Rangkul Gangsa Di Riyadh

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2023 12:43PM

Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan bersama pingat gangsa yang dimenanginya di Kejohanan Dunia 2023 di Riyadh. gambar Facebook Persekutuan Angkat Berat Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem angkat berat negara apabila menghadiahkan gangsa pada Kejohanan Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi, malam tadi.

Angkatan 166 kilogram (kg) pada percubaan kedua acara clean & jerk kategori lelaki 61 kg itu sudah cukup untuk memastikan Mohamad Aniq tidak pulang dengan tangan kosong pada kejohanan tersebut.

Pencapaian pemenang emas Sukan Komanwel 2022 itu sekali gus mengulangi kejayaan menaiki podium pada edisi 2021 di Uzbekistan selepas meraih perak acara sama ketika beraksi bagi kategori 55kg.

Atlet berusia 21 tahun itu dalam satu hantaran di laman Instagram melahirkan rasa syukur dapat merangkul pingat kedua pada Kejohanan Dunia dan menghargai sokongan keluarganya serta Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Beliau juga berharap pencapaiannya dapat melonjak semangatnya untuk terus meningkatkan prestasi pada masa depan.

Wakil Amerika Syarikat Hampton Morris muncul juara dengan angkatan terbaik 168kg, manakala Li Fabin dari China meraih perak (167kg).

Sementara itu, kejohanan yang turut menjadi satu daripada saingan kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris menyaksikan Mohamad Aniq menduduki ranking kesembilan dengan angkatan keseluruhan 291kg.

Beliau melakukan angkatan bebanan 125kg dalam acara snatch.

Setiap atlet angkat berat negara hanya perlu menyertai baki tiga lagi kejohanan kelayakan bagi melayakkan diri untuk berada dalam ranking 10 terbaik ke Sukan Olimpik 2024.

Hanya 10 atlet terbaik setiap kategori dengan seorang wakil setiap negara layak secara automatik ke temasya sukan terbesar dunia itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Izzan Menang Emas Angkat Berat, Pecah Rekod Kebangsaan 'Clean & Jerk'

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohamad Aniq Bawa Pulang 2 Pingat Dari Qatar

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohamad Aniq Perbaharui Rekod Kebangsaan, Raih Tonik Ke Sukan Olimpik Paris 2024

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan