web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Darren Wira Harimau Malaya Raih Kemenangan Penting Menentang Taiwan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 10:14PM

Malaysia menewaskan Taiwan 1-0 untuk mengekalkan momentum kemenangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyerang Darren Lok memastikan Malaysia meneruskan momentum kemenangan selepas menundukkan Taiwan 1-0 pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei, malam ini.

Pemain Sabah FC yang dimasukkan pada babak kedua menggantikan Paulo Josue, muncul wira skuad Harimau Malaya apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72 untuk membantu pasukan meraih tiga mata berharga di tempat lawan.

Pada aksi kedua kumpulan itu, Ketua Jurulatih Kim Pan Gon membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan yang menewaskan Kyrgyzstan 4-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil minggu lepas dengan menurunkan Junior Eldstal, Mohd Afiq Fazail, Paulo Josue dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Beraksi di atas permukaan padang yang tidak begitu memuaskan, skuad Harimau Malaya dan Taiwan kendalian Gary White masing-masing bergelut menampilkan aksi memberangsangkan apabila lebih bergelut mencari rentak permainan sepanjang babak pertama.

Namun, pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim mensia-siakan peluang keemasan untuk meletakkan Malaysia di depan selepas gagal menyempurnakan umpanan Arif Aiman Mohd Hanapi yang menyaksikan sungkitannya terkena tiang pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua, kesilapan pertahanan lawan Chen Ting-Yang mengeluarkan bola dalam kotak penalti pada minit ke-51 hampir membawa padah kepada tuan rumah, tetapi voli Muhammad Akhyar melambung tinggi melewati palang.

Berbaki 30 minit sebelum wisel penamat, Pan Gon yang terkenal dengan percaturan ‘magis’, membawa masuk Darren dan Endrick Dos Santos bagi menggantikan Mohd Afiq pada minit ke-62 dalam usaha mengubah rentak rentak permainan dan kedudukan.

Percaturan itu membuahkan hasil apabila Darren menyumbat gol yang dicari-cari ketika permainan berbaki 18 minit selepas beliau yang tidak dikawal tenang merembat bola muntah tampanan kurang kemas penjaga gol Taiwan, Pan Wen-Chieh ketika menepis percubaan leret Endrick dari sebelah kanan.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah cuba bangkit memburu gol penyamaan namun kekebalan benteng pertahanan negara yang menunjukkan disiplin bertahan dengan baik sepanjang perlawanan berjaya mematahkan gerakan ke arah pintu gol sehingga wisel penamat dibunyikan. 

Kejayaan menumbangkan Taiwan itu menyaksikan Malaysia menamatkan badi kemenangan di Taipei selepas tewas dalam tiga pertemuan terakhir di sana sejak 2000.

Selepas dua perlawanan, Malaysia kini berada di kedudukan teratas Kumpulan D dengan mengumpul enam mata sementara Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Satu lagi aksi Kumpulan D membabitkan Oman dan Kyrgyzstan dijadual berlangsung 10 malam ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 3 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad