web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


APG 2022: Perak Mohd Amin Lengkapi Sasaran 35 Pingat Negara

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 2:55PM

Mohd Amin memperoleh pingat perak selepas gagal menghalang kemaraan pemin badminton India, Suhas Lalinakere Yathiraj. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Pemain para badminton lelaki negara Mohd Amin Burhanuddin memastikan sasaran 35 pingat pada Sukan Para Asia (APG) 2022 tercapai selepas menghadiahkan pingat perak menerusi acara perseorangan lelaki SL4 (kecacatan fizikal), hari ini.

Pada aksi penentuan pingat emas di Gimnasium Binjiang di sini, atlet kelahiran Labuan, Sabah berusia 30 tahun itu yang membuat penampilan sulungnya di APG terpaksa berpuas hati meraih perak selepas tewas di tangan wakil India, Suhas Lalinakere Yathiraj dalam pertarungan tiga set.

Mohd Amin bermula dengan langkah kanan di set pertama apabila melakar kemenangan 21-13 ke atas pemain ranking keenam dunia itu.

Bagaimanapun, wakil India itu kemudian bangkit menyamakan kedudukan menewaskan Mohd Amin yang menghuni ranking ke-19 dunia, 18-21 di set kedua sebelum menoktahkan kemenangannya di set penentuan 21-9.

“Masa set pertama itu saya ada keyakinan sedikit tapi bila dah ubah gelanggang dan bulu tangkis tu saya dapat rasakan ia berkurangan. Banyak bola yang saya pukul selepas itu serba tak menjadi.

“Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur atas kejayaan perak ini serta berjaya melengkapkan sasaran 35 pingat kontinjen negara,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG 2022 KM Rajendran menyifatkan dengan sasaran 35 pingat sudah dicapai, pihaknya akan meneruskan misi menambah kutipan pingat sebelum acara penutup temasya berlangsung esok. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad