web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kecederaan Lutut Kiri Hanya Permainan Minda - Noor Imanina

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 5:44PM

Noor Imanina Idris berjaya meraih pingat gangsa dalam acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) wanita. gambar FB MSN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Terpaksa menahan sakit ekoran dibelenggu kecederaan lutut kiri seminggu sebelum temasya Sukan Para Asia 2022 Hangzhou membuka tirai, sama sekali tidak mematahkan semangat Noor Imanina Idris membutirkan pingat acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) wanita, hari ini.

Beliau yang menyifatkan kesakitan itu sekadar permainan minda, tanpa berselindung memaklumkan tidak meletak sasaran spesifik, selain hanya mahu memperbaiki catatan rekod peribadi 10.57 meter (m) dilakarnya pada Sukan Para Asean Kemboja 2023, Jun lalu.

Namun, kegembiraan jelas terpancar di wajah atlet berusia 25 tahun itu, selepas berjaya melakukan lontaran sejauh 11.08m, sekali gus merangkul gangsa pada saingan berlangsung di Stadium Pusat Sukan Huang Long, di sini.

“Saya tak sangka nak dapat pingat sebab nak perbaiki rekod peribadi sahaja pada mulanya.

“Saya juga masih mengalami kecederaan di bahagian lutut semasa menjalani latihan untuk ke sini. Tapi perkara itu tiada langsung dalam fikiran, yang pasti saya hanya mahu buat yang terbaik,” katanya kepada Bernama.

Beliau pada masa sama turut mendedikasikan kejayaan gangsanya itu kepada keluarga serta rakyat Malaysia di atas sokongan diberikan kepadanya selama ini.

Terdahulu, atlet Jepun Hori Reina muncul juara dengan lontaran sejauh 11.93m sementara perak diraih Yati Suparni dari Indonesia (11.12m). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Sorakan, Tepukan Gemuruh Iringi Kepulangan Wira APG 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad