web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sorakan, Tepukan Gemuruh Iringi Kepulangan Wira APG 2023

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 9:40PM

Kepulangan atlet APG 2023 disambut isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kanan) dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (kanan) serta ahli keluarga atlet di KLIA, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Tepukan dan sorakan orang ramai mengiringi kepulangan kontinjen para negara yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini.

Lebih istimewa, kepulangan atlet berkenaan disambut isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta ahli keluarga atlet.

Sejurus keluar dari Balai Ketibaan kira-kira 5 petang, Dr Wan Azizah dan Hannah turut menyampaikan jambangan bunga kepada semua atlet yang tiba menerusi penerbangan MH755 dan MH7207 dari Phnom Penh, Kemboja.

Dr Wan Azizah ketika ditemui Bernama pada majlis sambutan berkenaan berkata beliau dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya berbangga dengan pencapaian kesemua atlet yang berjaya hampir menggandakan pungutan pingat berbanding sasaran awal.

"Kontinjen ini memberikan kita pingat hampir dua kali ganda daripada sasaran, bayangkan mereka semua ‘kelainan upaya’ dan saya berbangga dapat menyambut kepulangan mereka,” katanya yang turut dilihat memberikan isyarat “bagus” kepada atlet berkenaan.

Membariskan seramai 144 atlet, dengan 62 daripadanya membuat penampilan sulung di pentas berprestij itu, langsung tidak menyekat kontinjen para untuk membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat. 

Majlis Paralimpik Malaysia sebelum ini mengumumkan sasaran buruan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa berbanding 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa yang diraih pada edisi lepas di Solo, Indonesia.

APG 2023 yang bermula 3 Jun lepas dan melabuhkan tirainya semalam menyaksikan Indonesia mempertahankan gelaran juara keseluruhan dengan merangkul 159 pingat emas, 148 perak dan 94 gangsa, sekali gus memegang gelaran itu buat kali keempat selepas edisi Solo 2022, Myanmar 2013 dan Kuala Lumpur 2017. 

Thailand yang akan menjadi tuan rumah pada edisi ke-13 pada 2026 menghuni tangga kedua dengan meraih 126-110-92 diikuti Vietnam (66-58-77). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Kecederaan Lutut Kiri Hanya Permainan Minda - Noor Imanina

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 58 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam