web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persekutuan Renang Puas Hati Pencapaian Skuad Terjun Di Hangzhou

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 12:49PM

Aksi atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises pada pusingan akhir acara terjun 10 Meter platform pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Pusat Sukan Akuatik Olimpik Hangzhou, China. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Renang Malaysia (MS) berpuas hati dengan pencapaian skuad terjun negara yang menamatkan cabaran pada Sukan Asia Hangzhou 2022 dengan membawa pulang lima pingat (satu perak dan empat gangsa) secara keseluruhan. 

Setiausaha Agungnya Andy Low, bagaimanapun mengakui gusar apabila beberapa penerjun negara semakin berusia pada edisi seterusnya dan berharap atlet muda segera bangkit untuk mengambil alih tugas barisan penerjun senior pada temasya sukan empat tahun sekali itu. 

“Saya berpuas hati dengan pencapaian melebihi edisi Jakarta-Palembang 2018 yang ketika itu Malaysia membawa pulang satu perak dan tiga gangsa. Terima kasih kepada bekas barisan exco MS sebab mereka sudah menyediakan pasukan terbaik dan kita sambung tugas mereka. 

“Namun, kita ada sedikit kekhuatiran (dengan barisan atlet yang semakin berusia). Kita sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk pastikan proses kemajuan atlet muda dapat dilakukan dengan cepat,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menerima tajaan RM15,000 daripada DSA (DSwim Academy) bagi skuad polo air lelaki negara di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi. 

Andy turut melahirkan harapan supaya ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong, 30, dan Nur Dhabitah Sabri, 24, masih mampu menggalas cabaran Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 berdasarkan rekod cemerlang mereka ketika ini. 

Malaysia memperoleh pingat perak menerusi gandingan Nur Dhabitah-Ng Yan Yee (3 meter (m) papan anjal seirama wanita), sekali gus mempertahankan gelaran itu pada edisi 2018. 

Empat gangsa pula melalui gandingan Nur Dhabitah-Pandelela (10m platform seirama wanita), Bertrand Rhodict-Enrique Maccartney (10m platform seirama lelaki), Pandelela (10m platform wanita) dan Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang (3m papan anjal seirama lelaki). 

Mengenai perenang negara yang gagal membawa pulang pingat, Andy berkata pihaknya sedang dalam perbincangan bagi memastikan prestasi mereka berada di landasan yang betul.

“Namun ada satu atau dua acara dapat keputusan baik seperti Khiew Hoe Yean yang menamatkan cabaran 400m gaya bebas lelaki di tempat keempat, tapi kita akui masih perlu perbaiki,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Hannah Jumpa Skuad Terjun Dalam Masa Terdekat

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Kontinjen Malaysia Ke Sukan Asia Bukan Untuk Bercuti - Nur Azmi

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: MOM Tunggu Laporan Penuh ISN Keadaan The Pocket Rocketman

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: ‘The Pocket Rocketman' Sedia Hadapi Jadual Padat Di Hangzhou

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad