web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hannah Jumpa Skuad Terjun Dalam Masa Terdekat

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 5:39PM

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan skuad terjun bagi mengetahui lebih lanjut berhubung kemelut dalaman yang berlaku dalam kem negara sehingga menjejaskan prestasi atlet di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, minggu lalu.

Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong semalam mendedahkan kepada media, terdapat 'gangguan' terhadap skuad terjun negara sehingga mengakibatkan kegagalan mendapatkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

"Saya akan jumpa mereka (atlet terjun) dalam masa terdekat, dan mendengar semuanya daripada mereka. Tapi seperti yang saya beritahu sebelum ini, kita sekarang dalam proses untuk melakukan pembaharuan bagi ekosistem sukan kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Siap Kerja Trek Sintetik Stadium Darul Makmur di sini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri, Fadzli Mohamad Kamal.

Pandelela gagal melayakkan diri dalam acara 10 meter (m) platform seirama bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri selepas menamatkan saingan final di tempat ke-12 daripada 16 peserta.

Pada Isnin lalu, atlet dalam program Road to Gold (RTG) itu memohon maaf atas kegagalannya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas terkandas pusingan kelayakan di Doha dalam acara 10m platform individu.

Sementara itu, Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah melakukan pelbagai pembaharuan termasuk memberikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua atlet, selain jurulatih turut diberikan kenaikan gaji.

"... ada lagi ruang penambahbaikan dan kita akan jalankan lagi program ini sepanjang tahun untuk mendengar daripada kumpulan sasar iaitu atlet, jurulatih, Majlis Sukan Negara (MSN) kerana masing-masing ada justifikasi mereka kenapa benda ini dibuat sebegini tetapi kita akan dengarlah," katanya.

Mengenai atlet di bawah program Road to Gold (RTG), Hannah berkata, kerajaan telah menyediakan semua keperluan termasuk sumber kewangan kepada atlet yang layak dan mana-mana atlet yang bertanding.

"Sesiapa bertanding ada kemungkinan boleh menang ada boleh kalah...layakkan diri dulu. Proses itu masih berjalan antaranya untuk badminton...layakkan diri kemudian buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh," katanya.

Hannah turut memaklumkan KBS telah mengadakan perbincangan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi meringankan kos bayaran elektrik di kemudahan sukan seluruh negara.

Bagi menggalakkan warga emas kekal aktif bersukan, beliau berkata, MSN telah diberikan mandat untuk mengadakan kejohanan terbuka bagi semua kategori umur termasuk bagi golongan veteran. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad