web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Asia: MOM Tunggu Laporan Penuh ISN Keadaan The Pocket Rocketman

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 2:08PM

Azizulhasni Awang ketika menerima kunjungan Chef De Mission Sukan Asia Hangzhou 2022, Datuk Chong Kim Fatt di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, baru-baru ini. gambar Facebook Azizulhasni Awang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sedang menunggu laporan penuh Institut Sukan Negara (ISN) berhubung keadaan semasa jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang susulan kemalangan menimpanya ketika menjalani latihan baru-baru ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mohd Nazifuddin Najib bagaimanapun berkata setakat ini atlet berusia 35 tahun itu kekal bersemangat waja dalam misi pemburuan pingat di Sukan Asia 2022 Hangzhou, China yang akan membuka tirai 23 Sept ini.

“Saya diberitahu, Isnin ini (esok) Azizulhasni akan menjalani pemeriksaan di ISN dan kami akan diberi maklumat kedudukan terkini pelumba itu.

“Sukan berbasikal sememangnya berisiko tinggi kerana mudah tergelincir namun Azizulhasni tidak mengalami kecederaan kritikal, terdapat luka-luka pada kulit dan saya difahamkan proses pemulihannya boleh berlaku dalam jangka masa pantas serta sempat pulih sepenuhnya sebelum pertandingan,” katanya.

Mohd Nazifuddin berkata demikian selepas majlis Flag-Off Kontinjen Negara ke Sukan Asia 2022 Hangzhou yang disempurnakan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia Datuk Chong Kim Fatt di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini hari ini.

Semalam, Mohd Azizulhasni yang turut digelar The Pocket Rocketman berkongsi video berdurasi 35 saat, memaparkan beliau terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai.

Terdahulu, Kim Fatt bersama seorang pegawai MOM dan 15 atlet kriket wanita, berlepas ke Hangzhou, sekali gus menjadi wakil pertama negara berlepas ke negara tembok besar itu.

Pasukan kriket wanita akan membuka saingan menentang Hong Kong, Selasa ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad