web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kontinjen Malaysia Ke Sukan Asia Bukan Untuk Bercuti - Nur Azmi

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 3:44PM

Replika maskot rasmi Sukan Asia Hangzhou 2022 dipamerkan di Perkampungan Media pada Khamis. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun tidak disandarkan untuk memungut sebarang pingat emas, namun kontinjen negara yang akan beraksi di Sukan Asia Hangzhou 2022 diingatkan supaya tidak bersikap sambil lewa dan perlu berusaha keras untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa itu.

Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata temasya empat tahun sekali itu, yang akan membuka tirainya pada Sabtu ini, bukannya tempat untuk bersuka ria dan bercuti, sebaliknya atlet Malaysia yang terpilih perlu penampilkan prestasi cemerlang.

“Atlet negara dilihat cukup bersemangat walaupun tiada sasaran pingat secara khusus, namun mereka tidak akan menghampakan rakyat Malaysia. Saya ingin ulang kembali ada yang mengatakan atlet pergi 'holiday' setiap kali pergi ke kejohanan, namun mereka ada sasaran setiap kali mewakili negara.

"Atlet atau pegawai sukan pasti akan hadirkan pingat untuk negara dan mereka ada sasaran masing-masing," katanya ketika ditemui selepas majlis pelepasan kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2022 di Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 di sini, hari ini.

Terdahulu, Nur Azmi melepaskan 89 atlet daripada sukan renang, hoki, sepak takraw, e-sukan, ragbi, menembak dan taekwondo ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Hangzhou petang ini. 

Bagi temasya kali ini, kontinjen Malaysia tidak diletakkan sebarang sasaran pingat secara spesifik sebaliknya menyasarkan 27 pingat tanpa mengira warna secara keseluruhan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Peguam Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Keputeraan Agong

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei Terus Momentum Positif, Aaron-Wooi Yik Kecundang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas KSU MOTAC Ketuai 302 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar