web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesilapan Semasa Larian Ranapkan Impian Umar Ke Final

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2023 12:29PM

Umar Osman ketika meraih emas pada Temasya Sukan SEA di Kemboja - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Sedikit kesilapan pada pusingan pertama acara 400 meter (m) lelaki telah memusnahkan impian bintang olahraga negara Umar Osman, untuk layak ke final pada penampilan sulungnya di Sukan Asia, di sini malam tadi.

Pelari berusia 20 tahun itu, meletakkan harapan mara ke final selaku lapan pelari terbaik dengan memperbaiki catatan rekod kebangsaan 46.09 saat (s) miliknya, namun gagal selepas menduduki tempat ke-11 keseluruhan.

Pada saringan ketiga di Stadium Olimpik Hangzhou, Umar menamatkan larian di tempat ketiga dengan catatan 46.58s, dengan pemenang pingat perak Kejohanan Asia Fuga Sato (45.56s) dari Jepun, meraih kedudukan pertama.

Catatan paling perlahan yang dicatatkan pada malam tadi untuk mara ke final ialah 46.07s, yang dibuat oleh Aruna Darshana dari Sri Lanka.

“Saya tidak berpuas hati dengan larian itu kerana banyak melakukan kesilapan. Saya sedikit lambat di permulaan, untuk kejar balik pada 200m terakhir selepas ketinggalan agak sukar, menyebabkan prestasi merudum sikit.

“Sasaran saya nak perbaiki rekod, buat catatan lebih pantas supaya mara ke final. Namun, untuk final saya tidak meletakkan sebarang sasaran,” katanya.

Pelari berasal dari Johor itu, sudah tiga kali memecahkan rekod pada tahun ini, iaitu catatan 46.34s ketika meraih emas Sukan SEA Kemboja pada Mei lalu, serta catatan 46.33s dan 46.09s di Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China, 2 Ogos lalu.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Impian Emas 'Speedy Tigers' Lebur

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Malaysia Hampiri Sasaran Pingat Sukan Asia

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Emas Bersejarah Qabil Ambak, Rosenstolz Ceriakan Kontinjen Negara

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad