web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Hampiri Sasaran Pingat Sukan Asia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 8:18AM

Aksi Nur Dhabitah Sabri-Wendy Ng dalam final acara 3m papan anjal seirama wanita adalah antara persembahan terbaik Malaysia semalam - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Kontinjen Malaysia semakin hampir mencapai sasaran di Sukan Asia apabila hanya memerlukan tujuh butir pingat untuk melepasi sasaran 27 pingat yang ditetapkan dengan tuan rumah, China megah di kedudukan pertama pada Hari Kebangsaannya.

Pada hari kelapan pertandingan semalam, kem terjun negara meneruskan rentak baik untuk menghadiahkan sebutir perak dan gangsa walaupun sukar menggugat kuasa besar sukan terjun dunia, China yang terus cemerlang menyapu kesemua empat pingat emas yang dipertandingkan setakat ini.

GandinganWendy Ng- Nur Dhabitah Sabri berjaya menghadirkan pingat pertama semalam dengan mempertahankan pingat perak acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou.

Kemudian, Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold yang beraksi buat kali pertama di Sukan Asia, turut pamer aksi baik untuk meraih gangsa acara 10m platform seirama lelaki.

Secara keseluruhannya, kem terjun telah menyumbang sebutir perak dan tiga gangsa setakat ini, selepas gandingan Nur Dhabitah-Datuk Pandelela Rinong dan Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang masing-masing meraih gangsa 10m platform seirama wanita dan 3m papan anjal seirama lelaki.

Selain daripada pencapaian kem terjun, ia adalah hari yang agak suram bagi Malaysia apabila prestasi beberapa atlet lain kurang memberangsangkan manakala beberapa sukan masih beraksi di peringkat awal.

Pasukan e-sukan bagi acara Dota2 gagal meloloskan diri ke final selepas tewas 1-2 kepada pasukan tuan rumah dan seterusnya bakal bertembung dengan Kyrgyzstan dalam penentuan gangsa, esok.

Pasukan hoki wanita pula menghidupkan kembali peluang untuk mara ke separuh akhir selepas membelasah Singapura 8-1 dalam aksi ketiga Kumpulan A.

Di arena olahraga, Russel Alexander Nasir Taib dan Queenie Ting Kung Ni gagal mempamerkan prestasi terbaik mereka, masing-masing dalam acara 200m lelaki dan lempar cakera wanita.

Kem memanah yang membuka kempen dengan pusingan kelayakan semalam, turut beraksi baik apabila tujuh pemanah meloloskan diri ke pusingan kalah mati bermula hari ini. 

Malaysia kini menduduki tempat ke-14 pada carta kedudukan pingat dengan tiga emas, empat perak dan 13 gangsa, manakala China terus mempamerkan dominasi dengan merangkul sejumlah 133 pingat emas, 72 perak dan 39 gangsa sempena Hari Kebangsaannya. 

Hari ini, Malaysia akan meneruskan cabaran dalam acara badminton, skuasy, terjun, olahraga, memanah, kabbadi dan kriket manakala pasukan hoki lelaki wajib menang ke atas tuan rumah untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad