web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ASIAD: Nur Suryani, Alia terlepas Aksi Final 10M Air Rifle

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 1:46PM

Kontinjen Malaysia pada acara pembukaan rasmi Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Hasrat penembak veteran, Nur Suryani Mohamed Taibi untuk mendapatkan hadiah hari kelahirannya pada Sukan Asia di sini, tidak tercapai apabila terlepas peluang untuk mara ke final acara 10m air rifle individu wanita.

Nur Suryani yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-41 hari ini, tidak mampu menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik pada pusingan kelayakan di Pusat Sukan Fuyang Yinhu dekat sini.

Pemenang pingat perak acara 50m prone rifle individu dan gangsa 50m prone rifle berpasukan pada Sukan Asia 2014 di Incheon itu, menamatkan saingan di tempat ke-44 daripada 62 peserta selepas meraih 617.8 mata.

Pembidik muda, Alia Husna Budruddin menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila mencatatkan 619.9 mata untuk menduduki tempat ke-39, yang juga pencapaian terbaiknya bagi kejohanan antarabangsa, mengatasi catatan 619.4 mata sebelum ini.

Namun, Nur Suryani masih mempunyai peluang untuk mendapatkan hadiah hari kelahirannya di sini, apabila beraksi dalam acara 10m air rifle pasukan campuran pada Selasa dan 50m rifle tiga posisi bersama Alia pada Rabu, yang juga acara tumpuan skuad negara.

Jurulatih kebangsaan, Muhamad Zubair Mohammad berkata, kedua-dua anak buahnya sudah memberikan maklum balas yang positif dan berada pada tahap emosi yang baik selepas aksi ‘pemanas badan’ itu.

“Jurang antara kita dan negara lain memang tinggi, kita perlu banyak perbaiki. Namun, penembak kita sedang menunjukkan perkembangan yang positif, dan diharap untuk pamer prestasi lebih baik pada acara 50m tiga posisi nanti,” katanya.

Sementara itu, juara dunia 2023, Han Jiayu dari China ungguli pusingan kelayakan berkenaan dengan catatan rekod baharu temasya dan Asia selepas membidik 634.1 mata, diikuti Ramita Jindal dari India (631.9) dan seorang lagi wakil tuan rumah, Wang Zhilin (631.6).

Prestasi Han pada hari ini menyaksikan beliau mengatasi rekod Asia (634.0) dan Sukan Asia (631.9) rakan senegaranya, Zhao Ruozhu.

Namun pada final, seorang lagi pembidik China, Huang Yuting mengatasi Han (251.3) untuk rangkul emas dengan mencatatkan rekod baharu temasya menerusi 252.7 mata, manakala Ramita (230.1) bawa pulang gangsa.

Zhao merupakan pemilik rekod terdahulu dengan 250.9 mata, yang dicatatkannya untuk rangkul emas edisi 2018 di Jakarta-Palembang.

Esok, kem menembak negara akan mempertaruhkan Haritz Iklil Hessly Hafiz pada saingan dalam acara 10m air rifle lelaki, berdepan pemegang rekod dunia dari China, Sheng Lihao pada penampilan pertamanya di Asiad. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Thailand Ranap Misi Malaysia Pertahan Emas Antara Regu Lelaki

2

Sukan 2 tahun yang lalu

ASIAD: Karate Teruskan Kutipan Pingat Kontinjen Malaysia

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Malaysia Dekati Sasaran 27 Pingat

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Kuartet 4 x100 Meter Negara Lolos Ke Final

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad