web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elavarasan Letak Jawatan Ketua Jurulatih B-23

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2023 12:50PM

Pasukan B-23 Kebangsaan ketika menyertai saingan kelayakan Piasa Asia. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan E. Elavarasan secara rasminya melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan. 

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata keputusan itu dicapai selepas perbincangan antara Elavarasan dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin baru-baru ini, bagi membincangkan hala tuju pasukan B-23 kebangsaan selepas aksi pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024.

Noor Azman memaklumkan jurulatih berusia 61 tahun itu bersetuju untuk kembali fokus kepada tanggungjawab asalnya sebagai penolong ketua jurulatih kebangsaan bagi membantu Kim Pan Gon dalam skuad senior, sekali gus memberi ruang kepada individu lain untuk menggalas tugas selaku ketua jurulatih B-23 kebangsaan ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar, April depan. 

“Pengganti Elavarasan sebagai ketua jurulatih B-23 kebangsaan bagi menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar pada April depan hanya akan diumum selepas beberapa penelitian dan perbincangan dengan pihak terlibat serta kata putus yang akan dicapai nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Noor Azman, Hamidin turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan Elavarasan yang tetap berjaya mengemudi pasukan layak ke Piala Asia B-23 2024, biarpun tewas 0-1 kepada Thailand pada aksi terakhir kelayakan, 12 September lepas. 

Pada 1 September tahun lalu, Elavarasan diumum sebagai ketua jurulatih B-23 kebangsaan baharu bagi menggantikan Brad Maloney dan pada masa sama masih memegang jawatan pembantu Pan Gon dalam skuad senior negara.

FAM pada ketika itu membuat keputusan melantik Elavarasan bagi mengemudi skuad B-23 kebangsaan kerana beliau berada dalam sistem kejurulatihan Pan Gon, sekali gus memudahkan proses kesinambungan skuad senior dan skuad B-23 negara. 

Skuad B-23 kebangsaan berjaya menjuarai Piala Merlion 2023 di Singapura pada Mac, serta layak  ke separuh akhir Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand pada Ogos, dan layak ke Piala Asia B-23 2024 selepas melepasi pusingan kelayakan di Chonburi, Thailand baru-baru ini. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

PSM Rancang Pasang Sistem VAR Di Stadium Nasional Bukit Jalil

2

Kolum 5 tahun yang lalu

Betulkah Tiada Orang Selain Hamidin Untuk FAM?

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad