Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Betulkah Tiada Orang Selain Hamidin Untuk FAM?

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 10:28AM

Hamidin Amin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ahad lalu, sebuah stesen televisyen menyiarkan kata-kata Presiden Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia (MCFA).

Presiden persatuan tersebut, Datuk Jeffery Low menyatakan bahawa Datuk Hamidin Amin merupakan pilihan terbaik untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sambil makan limau mandarin, saya terdengar Low memberitahu Hamidin mampu menaikkan mutu bola sepak negara. Saya hampir tercekik.

Jangan salah faham. Saya mempunyai perhubungan yang mesra dengan Hamidin sejak beliau bersama Persatuan Bola Sepak Selangor hampir dua dekad yang lalu.

Adakalanya beliau tidak begitu menggemari hasil tulisan saya namun Hamidin tetap bersikap profesional, tidak pernah melatah dan cepat memberikan penjelasan. 

Beliau tidak seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin hati tisu yang lain.

Malah Hamidin, sehingga hari ini, beliau selalu memulakan perbualan dengan "Brother, how are you brother?"

Hamidin akan terus menerajui FAM sehingga 2025 setelah menang tanpa bertanding selepas Jawatankuasa Pemilihan FAM menutup proses pencalonan pada Khamis lalu.

Proses pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2021-2025 akan diadakan pada Kongres FAM ke-57 yang dijadualkan 13 Mac depan.

Saya hampir tercekik mendengar kata-kata Low kerana tugas untuk menaikkan mutu bola sepak negara bukan tanggungjawab Hamidin seorang.

Tugas untuk menaikkan mutu bola sepak negara merupakan tanggungjawab ahli-ahli gabungan FAM termasuk MCFA, kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta komuniti tempatan. Perlu juga ada infrastruktur yang mencukupi. 

Hamidin menang tanpa bertanding bukan semata-mata kerana beliau pilihan tepat. Dah memang tiada pilihan lain.

Siapa lagi yang mampu meraih sokongan ahli-ahli gabungan FAM kalau bukan Hamidin? 

Siapa lagi yang mampu melayan karenah ahli-ahli gabungan yang kebanyakannya dibarisi ahli politik (atau mereka yang bercita-cita nak jadi ahli politik) kalau bukan Hamidin? 

Ada peminat yang tertanya-tanya kenapa tiada muka baru yang mampu menerajui FAM? Jawapannya mudah: Ia disebabkan sistem pemilihan sedia ada yang telah diwarisi berdekad lalu.  

Kalau bukan Hamidin, siapa lagi? Bila adanya muka baharu yang benar-benar ingin menyuarakan hajat untuk melakukan pembaharuan, ada pula yang akan mempertikaikan niatnya. 

Pembaharuan hanya akan berlaku jika kita menukar landskap bola sepak dari akar umbi ke atas. Mentaliti mentabir bola sepak secara konservatif harus berubah. Ahli-ahli gabungan harus sedar akan peranan mereka yang cukup besar dan luas.

Mereka seharusnya menumpukan perhatian kepada liga daerah, negeri dan program akar umbi, bukannya hanya taksub dengan Liga-M sahaja. 

Oleh yang sedemikian, Hamidin bukan sahaja pilihan tepat tetapi merupakan satu-satunya pilihan untuk menerajui FAM setakat ini. Selamat maju jaya, Datuk!

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam media. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Pan Gon Kekal Bersama Harimau Malaya - FAM 

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Kekecewaan Di Qatar Batu Loncatan Harimau Malaya Menuju Kejayaan

3

Sukan 2 bulan yang lalu

FAM Dapat 'Durian Runtuh', Peruntukan RM5 Juta Daripada Kerajaan

4

Sukan 2 bulan yang lalu

3 Fokus Utama FAM Pada 2024

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok