web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlumbaan Drag Ragut Nyawa Tiada Pengiktirafan MAM

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 8:03PM

Pelumba drag, Hattem Rashdi yang meninggal dunia semalam. gambar Facebook Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) mengesahkan perlumbaan drag, ‘Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023’ di litar Pekan, Pahang, pada Ahad lepas yang meragut nyawa, tidak diiktiraf dan tidak mendapat kelulusan persatuan berkenaan.

MAM dalam satu kenyataan hari memaklumkan sukan permotoran merupakan sukan yang berbahaya dan mana-mana pihak yang ingin menyertainya sama ada penganjur, pemilik litar atau pelumba, wajib mematuhi peraturan serta protokol ketat yang ditetapkan.

“Ia demi memastikan tahap keselamatan yang tertinggi, meningkatkan persaingan dan akhirnya memberi peluang kepada pelumba dan penonton menikmati acara perlumbaan tersebut.

“Acara yang diiktiraf MAM dijalankan dengan mematuhi garis panduan am dan teknikal ditetapkan pihak Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) berkaitan penganjur, kemudahan, peserta dan kenderaan,” menurut kenyataan itu.

Justeru, menurut kenyataan itu pihak MAM tidak menyokong acara yang tidak mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan termasuk keselamatan pegawai, pelumba, penonton dan penganjur.

Menurutnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan MAM telah mengadakan perbincangan bagi mengemas kini pentadbiran dan undang-undang acara sukan permotoran supaya ia lebih teratur serta tersusun.

"Pihak MAM amat berharap agar semua pihak yang berkenaan dapat memberi kerjasama untuk memastikan bahawa penganjuran yang tidak diiktiraf seperti ini dapat dihalang demi mengelakkan kejadian sedemikian berulang,” menurut MAM. 

Menurut laporan media, pelumba drag Hattem Rashdi meninggal dunia semalam selepas 12 jam bertarung nyawa akibat kemalangan di litar lumba pada Ahad ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023.

MAM juga menyatakan rasa dukacita atas pemergian Hattem dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alahai Bang, Takkan Kena Hon Sikit Dah Marah?

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Siapa Kata Pukat Untuk Tangkap Ikan Je?

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Vida Mengaku Tidak Bersalah Hantar Video Bersifat Sumbang

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pelumba Drag Apeh Jamal Selamat Dikebumikan Pagi Ini

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 7 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar