web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Vida Mengaku Tidak Bersalah Hantar Video Bersifat Sumbang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 12:33PM

Ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (dua, kanan) atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang menerusi satu klip video April lepas - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang menerusi satu klip video April lepas. 

Hasmiza, 51, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi YouTube ‘DSV Entertaintment’ dengan niat menyakiti hati orang lain pada 29 April. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Fazril Sani Mohamed Fadzil manakala Hasmiza diwakili peguam Datuk Adnan Seman.

Fazril Sani memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagaimanapun Adnan memohon agar mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM2,000 kerana itu merupakan kesalahan pertama Hasmiza.

Hakim Ahmad Fuad Othman kemudiannya membenarkan Hasmiza diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula. 

Media sebelum ini melaporkan, Vida dikatakan memuat naik video ‘Muah Muah Raya’ melalui YouTube ‘DSV Entertaintment’ yang dipercayai memaparkan kumpulan penari 'drag queen' sekali gus menyebabkan beliau terpalit dengan isu cuba mempromosi elemen LGBT.

Ketika ditemui pemberita selepas proses membayar jaminan selesai, Hasmiza berkata beliau dan peguam akan meneliti aspek kesalahan yang dibuat dalam video yang dimuat naik itu.

“Saya tidak boleh mengaku salah begitu sahaja kerana ia beri impak kepada perniagaan dan saya hadir ke mahkamah atas dasar komitmen dan tanggungjawab,” katanya.

Hasmiza hadir ke mahkamah hari ini dengan ditemani anaknya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kenapa Relaks Sangat Tu Bro...

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan