web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Layak Ke Piala Dunia Hoki 5'S 2024

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 8:36PM

Skuad Hoki 5's Lelaki Kebangsaan berjaya melangkah ke Piala Dunia Hoki 5's Lelaki 2024 yang akan berlangsung di Muscat, Oman. gambar Facebook Konfederasi Hoki Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengesahkan tiket ke Piala Dunia Hoki 5’s Lelaki 2024 selepas berada dalam kelompok empat pasukan terbaik pada Kejohanan Hoki 5’s Piala Asia 2023 di Salalah Oman, hari ini. 

Ini sekali gus menyaksikan Malaysia, India dan Pakistan menempah slot ke Kejohanan Piala Dunia Hoki 5s Lelaki sebagai wakil Asia, manakala Oman turut menyertai mereka menerusi tiket selaku tuan rumah pada perlawanan yang akan berlangsung pada 24 hingga 31 Jan depan di Muscat, Oman. 

Malaysia kini berada pada kedudukan ketiga menerusi kategori elit lelaki dengan mengumpul 10 mata, manakala ranking pertama dan kedua masing-masing menjadi milik Pakistan (13 mata) dan India (12 mata). 

Walaupun berjaya menempah tiket ke pentas berprestij itu, skuad negara terpaksa akur apabila dibenam India 10-4 pada aksi separuh akhir Kejohanan Hoki 5’s Piala Asia 2023 di Salalah Oman, petang tadi waktu Malaysia. 

India bermula garang apabila menjaringkan gol pembukaan menerusi Maninder Singh pada minit kedua sebelum Ismail Abu kembali mengimbangi perlawanan dengan jaringan penyamaan dua minit kemudian. 

Skuad negara terus menggandakan kedudukan menerusi jaringan padang Mohamad Akhimullah Anuar Esok pada minit ketujuh sebelum diikat dengan kelebihan 'challenge' pasukan lawan yang disudahi dengan jaringan Mohammed Raheel. 

India terus mengekalkan penguasaan apabila Pawan Rajbhar meledak gol padang pada minit ke-13. 

Bersambung babak kedua, India terus berada dalam kelas tersendiri apabila Mohammed Raheel menjaringkan gol kedua peribadinya seminit selepas perlawanan bermula, namun Malaysia bangkit membalas dengan dua gol berturut-turut pada minit ke-19 menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esok dan Muhamad Nazrey Din.

Bagaimanapun, semuanya serba tidak menjadi buat anak buah Wallace Tan apabila membenarkan India menjaringkan enam gol pada sembilan minit terakhir perlawanan bermula gol Sukhvinder pada minit ke-21 diikuti Dipsan Tirkey (22), Jugraj Singh (23), Mohammed Raheel (24 & 28) dan gol pelengkap kemenangan India pada minit ke-29 oleh Gurjot Singh.

Malaysia akan beraksi pada penentuan tempat ketiga dan keempat bertemu tuan rumah, Oman pada 9 malam ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar