web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hikmah Berhijrah Ke Arab Saudi, Bintang Bola Sepak Tiada Had Waktu Tunai Umrah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 9:25PM

Video Karim Benzema mengerjakan umrah menerima jutaan tontonan - gambar Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penghijrahan beberapa bintang bola sepak ternama ke Arab Saudi ternyata membawa hikmah tersendiri.

Bukan sekadar menikmati gaji lumayan, kesemua pemain berkenaan yang beragama Islam juga memiliki kelebihan dari aspek rohani, apabila berpeluang menunaikan umrah di Makkah pada bila-bila masa.

Terbaru, kapten Al Ittihad, Karim Benzema Isnin dilihat menunaikan umrah dan turut berkongsi perkembangan berkenaan menerusi Instagram dan X.

Pemenang anugerah Ballon d’Or itu juga diberitakan sedang menikmati kehebatan musim Liga Po Saudi.

Bekas bintang Real Madrid itu dipetik sebagai berkata, kesempatan menunaikan umrah adalah pengalaman terbaik pernah dirasainya.

“Masya Allah, terbaik antara semua. Alhamdulillah,” katanya seperti dilaporkan portal Khaleej Times.

Benzema turut memuat naik video mengerjakan Tawaf dengan mengenakan ihram di Instagram.

Hantaran berbahasa Perancis itu membawa maksud ‘amat gembira’ selepas diterjemah dan video terbabit turut meraih jutaan tontonan.

Ini bukan kali pertama Benzema menunaikan umrah kerana beliau pernah berbuat demikian ketika melawat Arab Saudi pada 2016.

Sementara itu, pemain baharu Al Nassr, Sadio Mane turut dilihat menunaikan ibadat yang sama, sejurus selepas membuat penampilan sulung pada 3 Ogos lalu.

Kelibat Mane bersama beberapa rakan sepasukannya, termasuk bekas kapten RC Lens, Seko Fafana dilihat dalam sebuah video yang tular di media sosial. - Getaran, 8 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Mane Tidak Beraksi Pada Piala Dunia Akibat Kecederaan

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Mane Bantu Liverpool Ke Puncak Liga Dengan Gol Ke-100

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar