web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mane Bantu Liverpool Ke Puncak Liga Dengan Gol Ke-100

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 8:54AM

Mane meraikan gol ke-100 bersama Liverpool. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Sadio Mane menjaringkan gol ke-100 kariernya bersama Liverpool dalam kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace yang membawa The Red ke puncak Liga Perdana Inggeris.

Mane meneruskan kecemerlangannya terhadap Palace, membolosi gawang lawan itu dalam perlawanan kesembilan berturut-turut menentang The Eagles.

Tandukan Mohamed Salah dari sepakan penjuru Kostas Tsimikas diselamatkan oleh penjaga gawang Vicente Guaita, tetapi Mane mengambil kesempatan untuk menerkam bola muntah dan menjaringkan gol.

Salah menggandakan kelebihan Liverpool di minit ke-78 sebelum Naby Keita melengkapkan jaringan dengan rembatan voley.

Liverpool telah memulakan kempen musim ini dengan mengagumkan, menjaringkan 12 gol dalam lima perlawanan dan hanya bolos sekali sahaja.

“Saya memberitahu anak buah ini adalah kemenangan 3-0 yang paling sengit saya pernah saksikan.

“Kami terpaksa berikan segalanya.

“Gol ke-100 Sadio untuk Liverpool, ia satu pencapaian yang besar. Beliau beraksi dengan baik sekali

“Beliau bekerja dengan keras seperti selalunya,” kata pengurus Liverpool Jurgen Klopp.

Keputusan perlawanan lain:

Wolves 0 Brentford 2

Norwich 1 Watford 3

Burnley 0 Arsenal 1

Man City 0 Southampton 0

Liverpool 3 Crystal Palace 0

Aston Villa 3 Everton 0

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Hikmah Berhijrah Ke Arab Saudi, Bintang Bola Sepak Tiada Had Waktu Tunai Umrah

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Mane Tidak Beraksi Pada Piala Dunia Akibat Kecederaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad