web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Roy King 'Sapu' Gelaran Berganda

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 9:00PM

Roy King (depan) ketika bergandingan dengan Wan Mohd Arif Sharuddin Wan Junaidi dan membenam cabaran Low Hang Yee-Ng Eng Cheong, 21-17, 21-12. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain beregu serba boleh negara, Yap Roy King, membuktikan keunggulannya  apabila muncul satu-satunya individu meraih gelaran berganda menerusi acara beregu campuran dan beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Kebangsaan 2023.

Pada aksi final di Stadium Juara Bukit Kiara di sini, hari ini, pemain berusia 22 tahun itu, yang mewakili Persatuan Badminton Malaysia (BAM), merangkul gelaran pertama ketika berpasangan bersama Valeree Siow dalam acara beregu campuran menewaskan Choong Hon Jian-Go Pei Kee, 21-19, 21-18.

Beliau kemudian turun beraksi dalam final beregu lelaki bergandingan dengan Wan Mohd Arif Sharuddin Wan Junaidi dan membenam cabaran Low Hang Yee-Ng Eng Cheong, 21-17, 21-12.

“Saya memang berniat mahu menang (dua-dua acara), semua pun mahu jadi juara dan saya cuma berikan yang terbaik. Saya berikan yang maksimum untuk kedua-dua acara, kalau tidak ia tidak adil untuk pasangan saya,” katanya kepada pemberita selepas upacara penyampaian hadiah di sini.

Mengulas lanjut, Roy King menyerahkan kepada barisan kejurulatihan mengenai kedudukannya yang bermain dalam acara berbeza sambil menjelaskan beraksi dalam dua acara tidak membebankannya.

Berdasarkan ranking dunia, Roy King dan Wan Mohd Arif berada di posisi ke-85 selepas mula bergandingan pada Mac lepas susulan rombakan yang berlaku sementara gandingannya bersama Valeree di kedudukan ke-61.

Sementara itu, Wan Mohd Arif mahu terus kekal bersama gandingannya itu selepas mula rasa selesa.

“Ranking pun sudah 85 kalau nak pecah (pisah) semula memang sayang, nak kejar ranking bukan senang...saya pun kesiankan Roy sebab saya saat-saat akhir pilih dia. Saya berterima kasih kepadanya sebab dapat terima saya.

“Saya pun tiada masalah dan boleh ikut (cara permainan) dia, lagi satu kita ada kelebihan sebab seorang kanan dan seorang lagi kiri. Giliran kami pun tiada masalah sebab boleh ikut kelajuan masing-masing...cuma dari aspek bertahan masih belum konsisten dan perlu diperbaiki,” katanya.

Pencapaian Roy King hari ini menyaksikan beliau membawa pulang wang kemenangan keseluruhan bernilai RM12,500 (selepas bahagi dua dengan pasangan) selain menambah koleksi kejayaan selepas merangkul gelaran Cabaran Antarabangsa Nantes bersama Wan Mohd Arif di Perancis, bulan lepas.

Juara beregu lelaki menerima wang kemenangan bernilai RM15,000 sementara RM10,000 bagi beregu campuran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad