web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ranking Zii Jia Terus Jatuh, Tang Jie-Ee Wei Naik 4 Anak Tangga

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 2:29PM

Lee Zii Jia - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedudukan jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terus goyah apabila ranking dunianya jatuh satu anak tangga dalam kemas kini terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.

Zii Jia, yang mengambil keputusan berehat seketika susulan prestasi mengecewakan sejak akhir ini, menghuni kedudukan ke-14 dengan 54,476 mata, jauh ditinggalkan juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dengan 103,005 mata di kedudukan tertinggi ranking BWF tersebut.

Sementara itu, kejayaan bergelar juara Terbuka Taiwan 2023, Ahad lepas, membantu beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melonjak empat anak tangga dari kedudukan ke-19 untuk berada di ranking ke-14 dengan mengutip 54,888 mata.

Pasangan profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie merupakan satu-satunya wakil negara dalam kedudukan 10 teratas selepas kekal di tangga ketujuh (62,984 mata) dalam ranking dikuasai jaguh China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (116,906 mata).

Nasib berbeza pula dialami beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila mereka tidak berganjak dari kedudukan ke-23 (43,160 mata), biarpun mempertahankan gelaran Terbuka Taiwan 2023 dengan menumpaskan pasangan tuan rumah, Lu Ching Yao-Yang Po Han, 20-22, 21-17, 21-14.

Dua beregu lelaki negara iaitu juara bertahan dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal di kedudukan keempat (81,794 mata) dan gandingan profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di ranking keenam (71,250 mata) manakala pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto tidak dicabar di tempat teratas (94,379 mata).

Kategori beregu wanita pula menyaksikan naib juara Masters Malaysia 2023, Pearly Tan-M. Thinaah kekal di kedudukan ke-12 (65,821 mata) dan pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan masih unggul di ranking pertama (100,654 mata).

Bekas juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei pula terkeluar daripada kedudukan 30 perseorangan wanita terbaik dunia selepas jatuh empat anak tangga di ranking ke-34 (34,683 mata) dan pemain Jepun, Akane Yamaguchi kekal di puncak dengan 103,717 mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar