web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala FA: Penentuan Sepakan Penalti Bawa KL City Ke Pentas Final

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 7:06AM

Kuala Lumpur (KL) City FC mara ke pentas final Piala FA 2023 selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 4-2 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam tadi. - Gambar dari Facebook Terengganu FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Kuala Lumpur (KL) City FC mara ke pentas final Piala FA 2023 selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan separuh akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di sini, malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak bakal berdepan juara bertahan Piala FA musim lepas, Johor Darul Ta'zim (JDT) atau Selangor FC yang beraksi dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di Iskandar Puteri, malam ini.

Skuad Penyu yang dikendalikan Habib Haroon bermula garang apabila melancarkan serangan seawal minit pertama, namun rembatan Ivan Mamut berjaya digagalkan penjaga gol, Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin.

KL City yang hadir selaku pasukan pelawat bangkit membalas serangan, malangnya percubaan Sebastian Avanzini pada minit kesembilan tersasar di sebelah kanan gawang.

Pada minit ke-11, Terengganu memperoleh peluang keemasan untuk mencetak gol pertama, sayangnya rembatan jarak jauh Habib sedikit tersasar di sebelah kanan gawang.

Terengganu yang menguasai permainan berjaya menghasilkan peluang pada minit ke-27 dan ke-35, namun kedua-dua percubaan gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Pada masa kecederaan babak pertama, Mamut sekali lagi hampir meletakkan skuad Penyu di depan, namun rembatan padunya berjaya ditampan Muhammad Azim Al-Amin.

Bersambung babak kedua, masih tiada jaringan dihasilkan oleh kedua-dua pasukan sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Pada masa tambahan selama 30 minit, kedua-dua pasukan yang melancarkan serangan bertali arus masih gagal meledak sebarang gol sehingga membawa ke penentuan sepakan penalti yang memihak kepada skuad The City Boys. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar