web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ACC 2023: Azizulhasni Kembali Pastikan Gelaran Jaguh Pecut Asia Miliknya

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 7:18AM

Mohd Azizulhasni Awang kembali memastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya selepas memenangi final acara pecut elit lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali memastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya selepas memenangi final acara pecut elit lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 yang berlangsung di Velodrom Nasional di sini malam tadi.  

Pelumba berusia 35 tahun itu yang merupakan jaguh enam kali acara pecut pada  2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020 - sebelum terlepas edisi tahun lepas  setelah menjalani pembedahan jantung pada tahun sama, menewaskan pemenang pingat perak  Piala Negara-Negara di Jakarta, Kaiya Ota dari Jepun 2-0 (9.924s, 9.828s) di dalam acara itu untuk merangkul pingat emas ke-11nya dalam kejohanan kali ini.

Terdahulu di peringkat separuh akhir, Azizulhasni yang juga dikenali sebagai "The Pocket Rocketman” menewaskan juara bertahan  Kento Yamasaki dari Jepun 2-0.   

Selepas rehat sehari, Mohd Azizulhasni akan meneruskan pemburuan gelaran juara keirin sulungnya di Asia dalam tempoh lapan tahun selepas kali terakhir merangkul gelaran dalam acara kegemarannya itu pada edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand. 

Kemenangan esok akan menyaksikan beliau mengulangi rekod dua emas yang diraihnya dalam acara pecut dan keirin pada edisi 2008 di Nara, Jepun, selain menyumbang pingat perak dalam acara pecut berpasukan.

Mohd Azizulhasni yang terharu dan menitiskan air mata kegembiraannya selepas perlumbaan ditenangkan oleh Ketua Julatih Kebangsaan  John Beasley, berkata ia merupakan cabaran hebat buat beliau untuk mengatasi halangan yang dihadapi di dalam dan luar trek untuk memenangi kejuaraan ini. 

"Mengatasi dua pelumba Jepun dalam separuh akhir dan akhir hari ini, sememangnya satu cabaran hebat, terutamanya Kaya yang merupakan seorang pelumba pecut bertaraf dunia. Jadi, saya perlu bersedia dan menggunakan kaedah sesuai untuk mengalahkan beliau. 

Pada perlumbaan pertama, saya memilih untuk mengekori dari belakang dan kemudian memecut. Bagi perlumbaan kedua, saya bermula di hadapannya dan memecut sepenuhnya sehingga dia kehabisan tenaga di selekoh terakhir.  

Saya gembira untuk memenangi pingat emas ke-11 di ACC dan mencapai ‘status legenda', malah tiada pelumba Jepun pernah mencapai emas ke-11 dalam kejohanan ini. Saya tak dapat nak kawal emosi kerana dah impikan emas sejak beraksi di Piala Trek Antarabangsa Hong Kong bulan lepas lagi," katanya kepada wartawan.

Yamasaki terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga, selepas mengalahkan rakan senegara Kohei Terasaki 2-0 dalam penentuan pingat gangsa.

Sementara itu dalam final acara pecut elit wanita, juara bertahan   Riyu Ohta dari Jepun mempertahankan mahkota kejuaraannya selepas mengatasi rakan senegara Mina Sato, 2-0. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad