web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Trio Pecut Berpasukan Sumbang Pingat Pertama Malaysia Di ACC 2023

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 7:16AM

Skuad basikal trek negara (dari kiri) Muhammad Fadhil Zonis, Umar Hasbullah dan Muhammad Ridwan Sharom bersama pingat Gangsa yang diraih pada acara Men Elite Team Sprint pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional di Nilai semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Pasukan pecut lelaki elit negara yang dibarisi pelumba pelapis menjadi satu-satunya penyumbang pingat pada hari pertama Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023, di Velodrome Nasional di sini.

Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Ridwan Shahrom dan Umar Hasbullah mencatatkan 44.363 saat (s) untuk mengatasi Kazakhstan yang dibarisi Sergey Ponoryov, Dmitriy Rezanov dan Kirill Kurdidi (44.488s) pada penentuan pingat gangsa.

Jepun yang diwakili Kaiya Ota, Yuta Obara dan Yoshitaku Nagasako dengan catatan 42.987s berjaya mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan Guo Shuai, Zhou Yu dan Xue Chenxi dari China (43.619s).

Terdahulu pada pusingan kelayakan, skuad negara terlepas peluang ke final selepas menduduki tempat ketiga dengan catatan 44.728s di belakang Jepun (43.219s) dan China (44.014s), manakala Kazakhstan berada pada kedudukan keempat dengan 44.739s.

“Saya bangga melihat kepada keputusan dan rakan sepasukan, kerana semua pelumba berjaya memberikan prestasi yang diinginkan. Kita rasa ada peluang untuk cabar pingat di Sukan Asia nanti,” kata Muhammad Fadhil kepada pemberita.

Sementara itu, skuad wanita elit yang terdiri daripada Yuliya Golublova, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nurul Aliana Syafika Azizan terlepas pingat gangsa kepada Korea Selatan.

Walaupun skuad negara berjaya mencatatkan rekod kebangsaan dengan melakukan 49.204s, namun ia tidak cukup untuk mengatasi juara bertahan Korea Selatan, yang menurunkan Hwang Hyeonseo, Lee Hyejin dan Cho Sunyoung yang mencatatkan 48.847s. 

Terdahulu pasukan negara memecahkan rekod kebangsaan 50.172s yang dilakukan di Kejohanan Dunia di Perancis, April lepas, selepas mencatatkan 49.766s dalam pusingan kelayakan. 

Pasukan remaja wanita dibarisi Amber Yong, Nur Alyssa Mohd Farid, Nurul Nabilah Mohd Asri dan Ameera Alya Zahirrudin juga terlepas gangsa apabila kemenangan mereka dibatalkan akibat kesilapan teknikal, sekali gus memberi pingat itu kepada skuad Taiwan - Lin Jhih Yan, Li Ya Xun dan Lee Chai Roug (53.496s). 

Sementara itu, dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia Para yang diadakan serentak dengan ACC 2023, pasukan Malaysia berjaya menghadiahkan sebutir emas dan satu pingat perak. 

Dalam acara pecut berpasukan tendem campuran C1-C5, Mohd Khairul Hazwan Wahab dan Nur Suraiya Muhammad Zamri yang masing-masing dibantu jurupandu Muhammad Khairul Adha Rasol dan Farina Shawati Mohd Adnan, mencatatkan 51.526s untuk emas.

 Sementara itu dalam akhir acara pecut berpasukan C1-C5, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Zuhairi Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hafiz Jamali yang mencatatkan 51.697s, terlepas emas kepada Li Zhangyu, Bunyod Khayitmakhammadov dan Lai Shanzhang dari China (49.216s). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Shah Firdaus Layak Digelar 'Terminator’ - Mohd Azizulhasni

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohd Azizulhasni Juara Keirin, Ulangi Pencapaian Emas Berganda

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar