web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sivasangari Tewaskan Aifa Untuk Ke Separuh Akhir Kejohanan Asia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 7:59AM

S. Sivasangari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain skuasy kebangsaan S. Sivasangari mengetepikan cabaran rakan senegara Aifa Azman untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Individu Asia di Hong Kong, semalam.

Pemain berasal dari Kedah berusia 24 tahun itu, menang dengan 12-10, 12-14,12-10, 11-7 dalam satu perlawanan suku akhir yang sengit berlangsung selama 43 minit.

Bagaimanapun Sivasangari akan berhadapan laluan sukar di separuh akhir apabila dijadualkan untuk berhadapan pemain pilihan pertama kejohanan dari Jepun Satomi Watanabe, yang dengan mudah mengalahkan pemain tuan rumah Tong Tsz Wing, 11-5, 11-4, 11-7.

Juara bertahan Rachel Arnold pula tersekat di suku akhir, kerana walaupun menang set pertama 13-11, namun beliau tewas tiga set seterusnya 10-14,4-11, 7-11 kepada seorang lagi pemain tuan rumah Chan Sin Yuk.

Kategori lelaki pula menyaksikan juara bertahan dan pemain pilihan pertama Ng Eain Yow, layak ke separuh akhir selepas mengalahkan seorang lagi pemain negara Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar 11-3, 11-4, 11-4 dalam masa 25 minit di suku akhir.

Pemain 25 tahun itu akan berhadapan Henry Leung Chi Hin dari Hong Kong, yang menewaskan rakan senegaranya Wong Chi Him 11-5, 11-3, 6-11, 11-7 dalam perlawanan hampir satu jam.

Seorang lagi pemain negara Ivan Yuen juga layak ke separuh akhir selepas menewaskan seorang lagi pemain tuan rumah Tang Ming Hong 14-12, 11-5, 11-8 dan akan berhadapan S. Velavan dari India, esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Skuasy: Malaysia Sapu Bersih Gelaran Juara Berpasukan Asia

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad