web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Peringkat Tertinggi KBS Buat 7 Ketetapan Martabat Sukan Negara

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 5:28PM

Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pembangunan Sukan Bilangan 1/2023 yang dipengerusikan Dr Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Facebook Zahid Hamidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mengaktifkan semula pelaksanaan program promosi serta aktiviti Rakan Aktif di peringkat sekolah, iaitu satu daripada teras Rakan Muda.

Perkara itu adalah antara tujuh ketetapan dipersetujui Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pembangunan Sukan Bilangan 1/2023 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia bagi memastikan sukan mampu memartabatkan nama negara sehingga di peringkat global.

Mesyuarat membincangkan isu terkait dengan pembangunan sukan itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

“HLC juga bersetuju mengklasifikasikan sukan tempur sebagai satu aktiviti sukan, berbanding sebagai aktiviti badan beruniform, selain menggalakkan lebih banyak kelab renang dan olahraga di sekolah bagi menarik minat pelajar serta mencungkil bakat baharu.

“Kita (HLC) juga mewujudkan dan menggiatkan pertandingan kompetitif tahunan peringkat sekolah serta IPT (institusi pengajian tinggi),” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat juga bersetuju supaya Biasiswa Sukan Persekutuan KBS diserahkan dan diselaraskan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Institut Sukan Negara diberikan peranan dalam memperluas, menyelaras serta menganjurkan program pendidikan dan pelesenan kejurulatihan.

“Permohonan Dana Sukan Komuniti sebanyak RM20 juta diperluaskan kepada kelab dan persatuan di bawah KPM (Kementerian Pendidikan) serta KPT untuk melaksanakan Agenda Nasional Sihat di peringkat komuniti,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, HLC yang dipengerusikan beliau amat mengambil berat isu pembangunan sukan di negara ini.

“Ini juga komitmen saya bagi memastikan sukan mampu memartabatkan nama negara tercinta, Malaysia,” katanya. – Getaran, 7 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini