Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Tze Yong, Jun Hao Mara Ke Suku Akhir Terbuka Thailand

Sukan Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 7:29AM

Ng Tze Yong, mengejutkan pilihan utama yang juga pemain ketujuh dunia, Chow Tien Chen dari Taiwan dalam ‘straight set; 23-21, 23-21 dalam pertarungan selama 59 minit - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao berjaya mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2023 di Stadium Tertutup Huamak, di sini, semalam.

Bagaimanapun, cabaran Malaysia dalam beregu campuran berakhir selepas tiga pasangan negara terkandas di pusingan kedua.

Tze Yong, pemain nombor 24 dunia, mengejutkan pilihan utama yang juga pemain ketujuh dunia, Chow Tien Chen dari Taiwan dalam ‘straight set; 23-21, 23-21 dalam pertarungan selama 59 minit.

Pada set pertama, Tze Yong ketinggalan 9-17 namun berjaya menampilkan kebangkitan untuk mengikat kedudukan kepada 20-20 sebelum menamatkan set pertama dengan keputusan 23-21.

Pada set kedua, TYze Yong sekali lagi bangkit daripada ketingalan 8-12 sebelum mengikat kedudukan 17-17 dan berjaya mengawal tekanan untuk mencatatkan kemenangan 23-21, sekali gus merakamkan kemenangan pertama ke atas Tien Chen dalam tiga pertemuan setakat ini.

Saya bernasib baik apabila dapat bangkit daripada ketinggalan dalam kedua-dua set dan memenangi perlawanan… Saya gembira dengan prestasi saya hari ini.

“Saya akan berbincang dengan jurulatih mengenai permainan esok. Saya akan kekal fokus supaya dapat memperagakan aksi terbaik menentang pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, esok,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Jun Hao, pemain ranking ke-65 dunia, bangkit daripada ketingalan set pertama 20-22 sebelum menundukkan pemain Perancis, Christo Popov, 21-13, 21-19 dalam perlawanan 76 minit.

“Ia adalah perlawanan yang sukar terutama pada set pertama. Saya pada mulanya mendahului tetapi lawan akhirnya menewaskan saya. Saya memberi tekanan kepada diri sendiri untuk mendapatkan mata.

“Dalam set penentuan, saya bermain dengan mengikut pergerakan angin dan mengambil peluang untuk menyerang. Saya gembira memenangi perlawanan itu,” katanya yang akan berdepan pemain nombor 23 dunia, Lakshya Sen dari India di peringkat suku akhir.

Dalam pada itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei  tewas 23-21, 17-21, 11-21 kepada pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo manakala Chan Peng Soon-Cheah Yee See tumpas 13-21, 17-21di tangan pilihan kelima, Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan.

Pasangan profesional ranking ketujuh dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie tewas kepada pasangan Hong Kong, Jordan Tang Chun Man-Tse Ying Suet, 13-21,17-2.

Dalam pada itu, beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien gagal meneruuskan kemaraan apabila tewas kepada gandingan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong, dengan keputusan 10-21, 21-16, 19-21. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

All England: Hanya Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Zii Jia Kandas

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

3

Sukan 1 bulan yang lalu

BATC: Malaysia Layak Ke Suku Akhir

4

Sukan 5 bulan yang lalu

Aaron-Wooi Yik Mara Ke Suku Akhir Terbuka Denmark 2023

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Semasa 1 hari yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Semasa 2 jam yang lalu

Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan