web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wei Chong-Kai Wun Tewaskan ‘The Daddies’ Untuk Layak Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 8:40PM

Wei Chong-Kai Wun, mencatatkan kejayaan peribadi tersendiri mereka selepas mengejutkan bekas juara dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, pada suku akhir Masters Malaysia 2023, di sini, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencatatkan kejayaan peribadi tersendiri mereka selepas mengejutkan bekas juara dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, pada suku akhir Masters Malaysia 2023, di sini, hari ini.

Pada set pertama, kedua-dua Wei Chong-Kai Wun dan Mohammad Ahsan-Hendra yang merupakan pilihan ketiga kejohanan, bersaingan sengit sehingga terikat 21-21, sebelum  pasangan Malaysia berjaya untuk menang, 23-21.

Set kedua yang juga sengit antara kedua pasangan itu, membuatkan penonton tidak senang duduk terutamanya ketika kedua mereka terikat 16-16.

Bagaimanapun akhirnya pasangan Wei Chong-Kai Wun yang bukan pasangan pilihan kejohanan, ternyata lebih bernasib baik apabila pukulan smesy Hendra tersangkut di jaring, yang membolehkan pasangan Malaysia itu menang 21-17, sekali gus layak ke separuh akhir.

Ketika ditemui selepas perlawanan, Kai Wun berkata kemenangan hari ini yang juga merupakan kemenangan terbesar sepanjang karier mereka setakat ini, telah meningkatkan keyakinan mereka untuk menentang pasangan terbaik seterusnya.

Sementara itu, Wei Chong benar-benar gembira atas kejayaan mereka menewaskan beregu dari Indonesia yang lebih bagus dan berpengalaman, menyebabkan mereka merasakan lawan mereka itu sukar untuk ditewaskan.

Dalam pada itu, Mohammad Ahsan berkata mereka redha dengan kekalahan itu dan mengakui Wei Chong-Kai Wun jelas bermain dengan lebih baik hari ini.

Hendra pula menasihatkan pasangan Malaysia untuk tidak terbawa-bawa dan cepat berpuas hati dengan kemenangan menakjubkan mereka itu, kerana perjalanan mereka dalam badminton masih jauh.

Keputusan hari ini juga bermakna Wei Chong-Kai Wun berjaya membalas dendam terhadap pasangan yang dikenali sebagai The Daddies, selepas pasangan Indonesia itu menewaskan mereka pada pusingan kedua Terbuka Singapura 2022, 14-21, 15-21. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Indonesia : Impian Beregu Lelaki Negara Lebur Di Tangan Juara Asia 

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Wei Chong-Kai Wun Tundukkan Juara Olimpik, Juarai Terbuka Taipei

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Singkir 'The Daddies'

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Penantian Berbaloi, Pencapaian Tertinggi Buat Aaron-Wooi Yik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam