web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penantian Berbaloi, Pencapaian Tertinggi Buat Aaron-Wooi Yik

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 2:42PM

Aaron (kanan) dan Wooi Yik menyumbang pingat pertama Malaysia di Olimpik Tokyo. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Kejayaan membutirkan gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo malam tadi merupakan pencapaian tertinggi pasangan beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sejak kali pertama digandingkan pada 2015.

Turun sebagai bukan pilihan pada temasya sukan terbesar dunia di Jepun itu, ramai tidak menyangka bahawa Aaron-Wooi Yik mampu meraih kejayaan buat negara namun mereka berjaya membuktikannya apatah lagi merupakan penyumbang pingat pertama negara di Olimpik Tokyo.

Aaron-Wooi Yik bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk merangkul gangsa selepas menewaskan pasangan Indonesia yang juga pilihan kedua, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan mendebarkan yang berlangsung hampir sejam, semalam.

Lebih menarik, pasangan kesembilan terbaik dunia itu juga mencipta kejutan terbesar apabila unggul mencatatkan kemenangan ke atas pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo juga dari Indonesia, 21-14, 21-17 dalam aksi suku akhir, Khamis lepas.

Kemenangan sulung direkodkan ke atas pilihan utama Olimpik Tokyo itu menyaksikan mereka berjaya menamatkan badi kekalahan sebanyak tujuh kali berturut-turut sejak pertama kali bertemu di Terbuka Malaysia 2018.

Sebelum detik gemilang di Tokyo, tidak banyak pencapaian membanggakan diraih gandingan muda itu.

Nama mereka menyinar selepas merangkul pingat emas beregu lelaki pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina, merupakan kejayaan tunggal utama mereka selain pernah bergelar naib juara All England 2019 selepas tewas kepada Muhammad Ahsan-Hendra setiawan, 11-21, 21-14, 21-12 pada aksi final.

Bukan itu sahaja, pasangan yang merupakan bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan muncul kali pertama di peringkat junior pada Kejohanan Antarabangsa Belia Bawah-19 di Malaysia pada 2015 itu pernah dipisahkan sebelum digandingkan semula di peringkat senior pada 2017 di Malaysia International Challenge.

Sementara itu, Aaron, 24, anak jati Melaka yang mula mewakili negara pada 2014 di Indonesia International Series 2014 bersama gandingannya ketika itu, Guo Zheng Sim, telah bermain badminton seawal usia tujuh tahun lagi sebelum mula memasuki pertandingan ketika berumur 10 tahun.

Selain Wooi Yik dan Zheng Sim, Aaron yang dilihat lebih banyak bermain dalam kategori beregu pernah digandingkan bersama pemain lain seperti Goh Sze Fei, Tan Jinn Hwa dan Muhammad Idham Zainal Abidin Syazmil.

Bagaimanapun, mungkin ramai tidak tahu bahawa Wooi Yik yang mula bermain badminton pada usia enam tahun pernah bermain dalam kategori perseorangan lelaki di peringkat junior pada 2012 dalam kejohanan Smiling Fish International Series di Thailand.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu juga pernah digandingkan bersama pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia pada Kejohanan Badminton Belia Asia Bawah 15 dan 17 tahun di China juga pada 2012 selain pernah bermain bagi kategori beregu campuran bersama Anna Cheong Ching Yik pada 2015 dan M Thinaah setahun kemudian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Peluang Aaron-Woii Yik Tamat Kemarau Gelaran Sulung Jelajah Dunia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik Tamatkan Cabaran Di Separuh Akhir

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Wei Chong-Kai Wun Tewaskan ‘The Daddies’ Untuk Layak Ke Separuh Akhir

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Enggan Janji ‘Bulan Dan Bintang’ - Aaron

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad