web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik Tamatkan Cabaran Di Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 9:39AM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod kemenangan 1-4 ke atas lawan mereka - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Pasukan Malaysia gagal meraih sebarang gelaran dalam Terbuka Singapura 2023 selepas juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan cabaran pada separuh akhir semalam.

Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod kemenangan 1-4 ke atas lawan mereka itu. 

Perlawanan itu adalah pertemuan kelima mereka dan pasangan Malaysia hanya sekali berjaya mengatasi beregu China itu, iaitu semasa Masters Indonesia, Januari tahun ini.

“Kami kecewa tidak bermain dengan baik ketika mata penting.

“Kami perlu lebih fokus. Perlawanan hari ini bukan mudah jadi kami perlu pulihkan diri segera sebelum bermain pada kejohanan seterusnya (Terbuka Indonesia) minggu depan,” Wooi Yik memberitahu Bernama selepas perlawanan.

Terdahulu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menampilkan aksi mantap sebelum tunduk kepada beregu nombor tiga dunia dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 17-21, 22-24.

Kali terakhir Malaysia menjuarai kategori beregu lelaki pada kejohanan itu ialah pada 2008 menerusi Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari.

Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai pula menjadi pemain negara terakhir meraih gelaran di Terbuka Singapura pada 2018 sebelum kejohanan itu tidak dianjurkan pada 2020 dan 2021 susulan pandemik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Peluang Aaron-Woii Yik Tamat Kemarau Gelaran Sulung Jelajah Dunia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Enggan Janji ‘Bulan Dan Bintang’ - Aaron

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Aaron-Wooi Yik Perlu Lebih Versatil - Legenda Badminton Negara

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Azizulhasni Cipta Rekod, Pandelela Kembali Raih Olahragawati Kebangsaan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek