web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Tersingkir Awal Lagi Di Tempat Sendiri

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 9:12AM

Biarpun merasa tidak sihat ketika perlawanan itu, Lee Zii Jia wajar diberi pujian kerana beliau mampu menamatkan perlawanan yang berlangsung selama sejam 27 minit - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Adakah Arena Axiata “gelanggang berhantu” kepada pemain kegemaran peminat badminton negara, Lee Zii Jia? 

Ini mungkin ada kebenarannya selepas jaguh perseorangan lelaki profesional negara itu sekali lagi tersingkir di peringkat awal di gelanggang itu selepas beliau tewas kepada wakil Taiwan  Lin Chun-Yi, 19-21, 21-16, 15-21 pada pusingan kedua kejohanan Masters Malaysia di sini hari ini.

Biarpun merasa tidak sihat ketika perlawanan itu, Zii Jia wajar diberi pujian kerana beliau mampu menamatkan perlawanan yang berlangsung selama sejam 27 minit.

Zia Jia tidak muncul untuk diwawancara di zon campuran, yang merupakan rutin bagi setiap pemain selepas mereka menamatkan perlawanan kerana beliau dipercayai sedang mendapatkan rawatan. 

Kakaknya merangkap pengurus, Lee Zii Yii yang menggantikan Zii Jia dalam sesi wawancara di zon campuran mengesahkan pemain nombor 10 dunia itu mengalami pening kepala dan menjejaskan prestasinya hari ini.

“Sekarang setiap orang dapat saksikan Zii Jia pening, berdiri pun tak boleh. Minta maaf beliau tidak dapat diwawancara,” kata Zii Yii.

Keputusan semalam bermakna Zii Jia tersingkir awal sebanyak tiga kali berturut-turut di sini selepas tewas di tangan wakil Indonesia pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2022 - Gambar oleh Azim Rahman
Keputusan semalam bermakna Zii Jia tersingkir awal sebanyak tiga kali berturut-turut di sini selepas tewas di tangan wakil Indonesia pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2022 - Gambar oleh Azim Rahman

Zii Yii mengakui pemain pilihan keempat kejohanan itu agak keletihan selepas bertanding dalam Piala Sudirman di Suzhou, China minggu lepas termasuk perjalanan pergi dan balik. 

Beliau juga berkata keadaan semasa Zii Jia tidak serius dan hanya mengambil ubat panadol untuk merawat pening kepalanya.  

Keputusan semalam bermakna Zii Jia tersingkir awal sebanyak tiga kali berturut-turut di sini selepas tewas di tangan wakil Indonesia Shesar Hiren Rhustavito 19-21, 21-19, 16-21 pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2022.

Januari lepas, Zii Jia dikejutkan dalam pusingan pembukaan Terbuka Malaysia 2023 kepada bintang meningkat naik Jepun,  Kodai Naraoka, 21-13, 17-21, 19-21.

Pada masa sama, Zii Yii berkata kontrak jurulatih baharu Zii Jia, Wong Tat Meng adalah sehingga akhir 2024.

Selasa lepas, Pasukan LZJ dalam hantaran di media sosial mengumumkan tugas awal Tat Meng ialah untuk mengadakan sebuah program latihan yang akan dapat membantu Zii Jia mencapai prestasi yang konsisten, meningkatkan ranking dunia dan layak ke Sukan Olimpik 2024. 

Zii Jia beraksi tanpa jurulatih sepenuh masa sejak tidak lagi berada di bawah bimbingan jurulatih dari Indonesia Indra Wijaya, lewat tahun lepas.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan beregu Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han, 15-21, 21-12, 21-19 untuk layak ke suku akhir.

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan beregu Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han, 15-21, 21-12, 21-19 untuk layak ke suku akhir - Gambar oleh Azim Rahman
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan beregu Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han, 15-21, 21-12, 21-19 untuk layak ke suku akhir - Gambar oleh Azim Rahman

Biarpun menewaskan lawan mereka dua kali berturut-turut selepas menang  21-8, 23-21 ke atas wakil Taiwan itu dalam perlawanan ketiga kumpulan pada Piala Sudirman, di Suzhou, China baru-baru ini, Yew Sin berkata Ching Yao-Po Han telah mengkaji permainan mereka yang mengakibatkan wakil Malaysia itu terpaksa bertarung dalam set penentuan. 

Yew Sin-Ee Yi akan bertemu Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae selepas beregu Korea Selatan itu menewaskan wakil Jepun Akira Koga-Taichi Saito, 21-15, 21-17.

Beregu pilihan keenam kejohanan itu akan menyertai dua lagi beregu lelaki negara termasuk Juara Dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta beregu utama wanita kebangsaan  Pearly Tan-M Thinaah di peringkat seterusnya esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 59 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad