web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liga Super: JDT Tewaskan Kuching 4-0, Kedah Pesta Gol Di Darul Aman

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 9:42AM

Pemain Kedah FC Jonathan Boareto Dos Reis menjaringkan gol ke- 5 pasukan pada Perlawanan Liga Super Kedah Darul Aman FC bertemu Kelantan FC di Stadium Darul Aman malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Super dengan menewaskan Kuching City FC 4-0, di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak, malam tadi.

Kemenangan yang diraih pasukan kendalian Esteban Solari itu, merupakan kemenangan ke-11 berturut-turut musim ini sekali gus membolehkan skuad Harimau Selatan itu, memperkuatkan lagi cengkaman mereka di persada Liga Super.

Babak pertama menyaksikan penyerang sensasi kelahiran Argentina Fernando Martin Forestieri, meledak jaringan pembukaan pada minit ketiga, sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-36.

Separuh masa kedua menyaksikan Harimau Selatan terus ghairah untuk memburu jaringan, sebelum Bergson Da Silva menambah derita skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim dengan jaringannya pada minit ke-70, diikuti sepakan kencang dihasilkan Juan Muniz pada minit ke-72 dan kedudukan 4-0 itu, kekal hingga tamat perlawanan.

Sementara itu di Kota Kinabalu, pertembungan Sabah FC dan Terengganu FC menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2 pada perlawanan di Stadium Likas, Sabah. 

Sabah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-28 apabila Telmo Castanheira menanduk masuk bola sepakan percuma ketua pasukan Baddrol Bakhtiar, sebelum berjaya menggandakan jaringan melalui sepakan penalti menerusi penyerang Darren Lok, pada minit ke-37.

Sony Norde kemudian berjaya merapatkan kedudukan buat Sang Penyu pada minit ke-46, menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti, yang diberikan apabila Liridon Krasniqi dijatuhkan.

Babak kedua menyaksikan Norde menggagalkan usaha Sabah mendapat tiga mata penuh, selepas penyerang berasal dari Haiti itu menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti pada masa tambahan minit ke-94, selepas Jordan Mintah dijatuhkan.

Dalam pada itu, Kedah berpesta gol di laman sendiri selepas membenam Kelantan 5-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri, Kedah mendahului menerusi jaringan kapten pasukan Manuel Gelito Ott pada minit ke-16, sebelum Lee Andrew Tuck menambah jaringan pada minit ke-27.

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu kemudian sekali lagi membolosi gawang Kelantan pada minit kecederaan babak pertama menerusi Manuel Federico Hidalgo, sebelum menambah gol menerusi sepakan penalti Willian Lira pada minit ke-59 dan tandukan Jonathan Balotelli pada minit ke-89. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

4

Semasa 5 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar