web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gagal Ke Separuh Akhir, Malaysia Hanya 'Kumpul', 'Bawa' Pemain Untuk Bertanding - Elavarasan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 7:39AM

E. Elavarasan berkata berbanding pasukan lain yang membuat persiapan rapi sebelum temasya sukan dwitahunan itu, skuad Harimau Muda di bawah kendaliannya itu hanya “dikumpul” dan “dibawa” bertanding - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Ketua jurulatih skuad Bawah 22 tahun (B-22) E. Elavarasan memberi gambaran faktor yang mempengaruhi kegagalan pasukannya mara ke separuh akhir perlawanan bola sepak lelaki pada Sukan SEA 2023 di sini.

Elavarasan yang juga penolong ketua jurulatih skuad senior berkata berbanding pasukan lain yang membuat persiapan rapi sebelum temasya sukan dwitahunan itu, skuad Harimau Muda di bawah kendaliannya itu hanya “dikumpul” dan “dibawa” bertanding.

“Beberapa pasukan datang ke sini dengan persiapan yang baik, buat Malaysia apa yang kita lakukan hanya kumpulkan dan bawa mereka (ke sini), perlawanan demi perlawanan mereka bertambah baik tetapi kita kalah pada masa tertentu kejohanan yang sekurang-kurangnya kita perlu seri, jadi itu yang membuatkan perbezaan.

“Ia pengalaman berharga yang kami pelajari di sini. Buat peminat Malaysia, kami memohon maaf kerana tidak dapat membawa pasukan ke pusingan kedua. Kami juga berterima kasih kepada peminat yang selalu bersorak dan menyokong pasukan, serta persatuan dan kelab yang membantu kita melepaskan pemain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan setelah Malaysia membenam Singapura 7-0 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Prince di sini.

Mengulas mengenai perlawanan itu, beliau berkata Singapura tidak menurunkan skuad terbaiknya yang menyebabkan prestasi hambar sehingga bolos tujuh gol manakala anak buahnya mengambil setiap peluang yang dicipta untuk menjaringkan gol.

Sementara itu, Elavarasan berkata kakitangan kejurulatihan akan berbincang dan melihat kepada kelemahan pemain yang perlu diperbaiki untuk menghadapi kejohanan seterusnya.

“Kita perlu melihat di mana kelemahan, di mana kita perlu kembangkan dan bergerak ke hadapan,” katanya.

Skuad kendalian Elavarasan menamatkan saingan di tempat ketiga dalam Kumpulan B dengan jumlah enam mata daripada empat perlawanan di belakang Thailand dan Vietnam, dan gagal untuk mara ke separuh akhir.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat untuk bola sepak Sukan SEA ialah pada edisi 2017 di Kuala Lumpur iaitu perak manakala kali terakhir meraih emas adalah di Indonesia pada 2011. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad